Carian
Belanjawan 2024 Galak Penggunaan Rekod Kesihatan Digital – Akan Menyelenggara Sistem Klinik Di 100 Klinik Kesihatan
October 13, 2023 Lina Rosli

Untuk pengetahuan anda, setakat hari ini, hanyak 3% klinik kesihatan yang menggunakan rekod kesihatan digital.

Dan ini menunjukkan yang mana majoriti klinik kesihatan masih lagi merekod dan menyimpan maklumat kesihatan pesakit secara manual – ini sekaligus menyukarkan capaian data pesakit dikongsi kepada semua prasarana kesihatan kerajaan.

Oleh yang demikian, bagi memastikan kemudahan memproses maklumat penting pesakit, kerajaan akan menyediakan RM150 juta untuk menyelenggara sistem teknologi maklumat di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia termasuk menyediakan Clinic Management System Subscription (CCMS) di 100 klinik kesihatan.

Komen