Belanjawan 2024 – Kerajaan Komited Untuk Membaik Pulih 400 Buah Klinik Uzur Di Seluruh Negara

October 13, 2023
Uncategorized

Lina Rosli

Di Malaysia, masih banyak lagi bangunan-bangunan usang dan lama yang masih digunakan dalam melaksanakan aktiviti harian. Ini termasuk beberapa klinik dan rumah sakit yang masih melakukan servis rawatan di ruang yang tidak selesa.

Oleh yang demikian, kerajaan tempatan komited dalam membaik pulih klinik-klinik daif di sekitar Malaysia.

Di dalam perbentangan yang dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia di dalam Belanjawan 2024, sejumlah RM300 juta disediakan untuk membaik pulih 400 buah klinik yang sudah lama yang masih punyai struktur kayu dan pendawaian usang.

Selain itu, sebanyak RM766 juta turut disediakan untuk perolehan peralatan perubatan di hospital KKM bagi menggantikan peralatan-peralatan kesihatan yang sudah tidak boleh digunakan dan tidak sesuai untuk penggunaan di dalam rawatan sedia ada.

Kerajaan juga menyediakan dana sebanyak RM200 juta kepada perkhidmatan kesihatan bagi memastikan ketersediaan pasukan kesihatan dalam menerima respons kepada panggilan kecemasan.

Bagi melindungi rakyat supaya kekal afiat, perkhidmatan kesihatan hendaklah beralih daripada merawat pesakit kepada memperhebat aktiviti pencegahan penyakit dan Agenda Nasional Malaysia Sihat dengan peruntukan sekurang-kurangnya 130 juta ringgit termasuk saringan sihat, saringan awal bayi baru lahir, membekal vaksin kepada ibu hamil.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd