Belanjawan 2024 – Kerajaan Menyokong Hasrat Kerajaan Negeri Untuk Membina Sebuah Institut Kanser Di Sarawak

October 13, 2023
Uncategorized

Lina Rosli

Pada Belanjawan 2024 ini, Kementerian Kesihatan Malaysia menjadi antara kementerian yang menerima peruntukkan dana dan bantuan terbesar.

Ini termasuk kerajaan akan mula membangunkan beberapa bangunan kesihatan di sekitar Malaysia pada tahun 2024.

Antaranya membina 5 buah klinik kesihatan baharu yang terletak di kawasan Rantau, Negeri Sembilan, Kuala Tahan di Jerantut, Pahang, Kuala Jengal di Dungun, Terengganu dan Pulau Mantanani di Kota Belud, Sabah dengan kos perbelanjaan mencecah RM150 juta.

Selain itu, kerajaan Malaysia turut menyokong hasrat Sarawak untuk membangunkan sebuah Institut Kanser di Sarawak.

Kerajaan juga akan menambah bangunan tambahan bagi Jabatan Kecemasan dan Trauma di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd