SofaX, aplikasi reka bentuk rumah maya perintis Malaysia, sedang mentakrifkan semula dunia kelengkapan rumah dengan teknologi termaju dan perkhidmatan pembeli peribadi yang inovatif.
Menerusi aplikasi SofaX, pemilik rumah boleh membayangkan dan mencipta rumah idaman, lengkap dengan keupayaan untuk membeli barangan daripada hiasan rumah dan jenama perabot terkemuka.
Menurut pembangun aplikasi ini, SofaX berfungsi sebagai hab sehenti di mana pengguna boleh mengendalikan segala-galanya dengan lancar daripada konseptualisasi hingga pembelian dalam satu platform.
Tambah SofaX juga, mereka turut bertindak sebagai jambatan yang lancar antara pemilik rumah dan peruncit perabot atau penyedia perkhidmatan reka bentuk dalaman dengan menawarkan perkhidmatan pembeli-belah peribadi.
Perkhidmatan ini menggabungkan penyelidikan dalam talian dan papan penglihatan dengan pengalaman tradisional dalam kedai, mewujudkan pengalaman fizikal + digital untuk pemilik rumah.
Untuk pengetahuan anda, SofaX dilengkapi dengan pemodelan 3D dan teknologi fotorealistik yang boleh menjana pelan lantai untuk hartanah anda dan menyediakan pemaparan perabot berkualiti tinggi. Selain itu, SofaX mempunyai sistem mata ganjaran yang membolehkan pengguna memperoleh mata dengan setiap pembelian, yang kemudiannya boleh ditebus sebagai rebat tunai untuk pembelian akan datang.
Untuk maklumat lanjut tentang SofaX dan perkhidmatannya dengan laman web mereka di https://www.sofax.com/.