Carian
CUURA Space Berkolaborasi Dengan Platform Tukar Barangan Dalam Talian, Barnything Dalam Usaha Mewarnakan Industri Perabot
October 16, 2023 Adam
  • Pelanggan yang menggunakan perkhidmatan Barnything layak mendapatkan diskaun RM200 untuk pembelian seterusnya di CUURA Space.
  • Pelanggan juga akan menerima kelayakkan untuk pengambilan perabot lama secara percuma oleh Cuura Space apabila mereka menggunakan tawaran tersebut semasa pembayaran (checkout).

Gambar (1): Duncan 3 Seater Sofa

CUURA Space, pengedar perabot dalam talian terkemuka Malaysia yang wujud bertujuan menjadikan peningkatan perabot lebih mudah dan lestari buat para pelanggan telah mengumumkan kerjasama bersama Barnything iaitu platform dalam talian untuk menukar barangan atau menjual barangan terpakai. 

Dengan kerjasama ini, trend-setter industri perabot dalam talian Malaysia eksklusif ini ingin mengatasi masalah yang seringkali wujud bagi pembeli perabot baru iaitu “Apa yang harus dilakukan dengan perabot lama?” dan “Bagaimana cara untuk membuangnya?”

Secara khusus, kerjasama ini akan memberi ganjaran kepada pelanggan dengan kod promosi diskaun RM200 apabila mereka meninggalkan perabot lama atau barangan melalui platform Barnything. Untuk membantu proses ini, CUURA Space turut menawarkan perkhidmatan pengambilan percuma bagi perabot lama sebaik menghantar pembelian baru.

“CUURA Space dicipta dengan wujudnya pelanggan moden dalam fikiran, menyelaras dan menginovasikan proses kami untuk memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berubah. Sementara kami berusaha untuk menjadi syarikat perabot yang mesra-alam, kerjasama baru dengan Barnything ini menggabungkan kemudahan, kelestarian, dan prinsip ekonomi bulat dalam satu inisiatif bersama dan ianya merupakan langkah seterusnya dalam perjalanan kami,” ujar Benny Lim selaku Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CUURA Space. “Kerjasama kami menandakan permulaan ekosistem baru dalam industri perabot, di mana kelestarian diberi keutamaan dari hujung ke hujung.”

Untuk menyertai, pelanggan boleh mula dengan memuat naik gambar perabot terpakai mereka ke laman web Barnything (https://barnything.com.my/), di mana perabot itu akan dijual atau ditukar dengan individu yang lebih memerlukannya. Kemudian, dengan kod promosi yang diberikan, anda boleh ke CUURA Space (https://cuura.space/) untuk membeli perabot idaman yang direka indah. Apabila proses pembelian selesai, CUURA Space akan menguruskan penghantaran perabot baru dan pengambilan perabot lama secara percuma. Dengan tiga (3) proses ini sahaja, ia menjadikan pembelian dan pembuangan perabot anda jauh lebih mudah.

Low Shar Wynne, Pengasas Barnything, menambah, “Semuanya bermula daripada pengurusan sumber yang bertanggungjawab. Memastikan barangan lama diletakkan di tempat yang sepatutnya dan terus digunapakai dengan baik – dalam masa yang sama turut membantu masyarakat serta alam sekitar. Inilah yang kami usahakan dan kami bangga bekerjasama dengan CUURA Space untuk meluaskan falsafah ini lebih jauh dan kepada ramai lagi orang di luar sana. Tambahan pula, dengan pemberian ganjaran kepada amalan lestari dan memudahkan proses pembuangan perabot lama, kami percaya bahawa kerjasama ini akan mewujudkan perbezaan yang besar.”

Barnything adalah platform penukaran secara barter (barter-centric) dalam talian pertama di Malaysia. Matlamat utama Barnything adalah untuk menjadikan barangan terpakai diperoleh, atau pengecilan yang dilakukan semudah yang mungkin sambil menggalakkan pendekatan lebih lestari dalam pembuangan barangan lama. Ia merupakan sesuatu yang sangat berguna bagi perabot bersaiz besar seperti rangka katil, sofa, almari, dan sebagainya. Servis ini juga hadir pada masa yang tepat di mana masyarakat yang mulai bimbang tentang ruang pelupusan terhad, serta kos pelupusan meningkat untuk pengurusan sisa.

Gambar (2): Elsa 3-Seater L-Shape Sofa ®

Sebagai trend-setter untuk industri perabot dalam talian, CUURA Space menawarkan perabot terinspirasi oleh Nordik yang unik, beroperasi secara eksklusif dalam talian dan terus kepada pelanggan — ia bagi menawarkan harga paling kompetitif dengan menghapuskan kos di tapak dan perantara. Sebaliknya, pelanggan boleh melayari katalog mereka dalam talian dan membeli secara langsung dengan lebih selesa menerusi peranti pintar sahaja. Bagi mereka yang ingin merasa sendiri kualiti perabot yang diminati, CUURA Space berkerjasama dengan beberapa jenama lain untuk pameran produk dalam jangka masa terhad di sekitar Kuala Lumpur. CUURA Space juga mempunyai dasar pulangan 30 hari yang akan membantu pelanggan mencuba perabot baru di kediaman masing-masing, serta menawarkan perkhidmatan pemasangan dan penghantaran percuma.

Untuk meneroka sendiri apa yang ditawarkan oleh CUURA Space, anda boleh terus melayari katalog lengkap di https://CUURA.space/. Maklumat lanjut tentang kerjasama baru dengan Barnything boleh didapati di https://barnything.com.my/.

Komen