CHAGEE Hadir Dengan Siri Minuman Baharu Osmanthus Long Jing – Menampilkan Cawan Yang Direka Khas
Lina Rosli
CHAGEE Malaysia, jenama minuman teh premium, kini memperkenalkan siri teh terbaru menerusi siri CHAGEE Osmanthus Long Jing.
Untuk siri serba baharu ini, ia menampilkan cawan yang direka khas yang menampilkan tafsiran kreatif rona hijau unik daun teh Long Jing di tengah-tengah rona kuning terang yang menggambarkan bunga osmanthus – semuanya bersedia untuk mempesonakan deria seseorang dan menentukan detik-detik teh mereka.

Apakah rasa yang ditawarkan menerusi siri CHAGEE Osmanthus Long Jing?
Untuk pengetahuan anda, Long Jing atau juga dikenali sebagai teh ‘Telaga Naga’ merupakan antara teh hijau yang paling mahal dan berkualiti tinggi di dunia.
Berasal dari XiHu, Hangzhou, teh hijau Cina ini diproses dengan teliti, menghasilkan daun yang dengan rasa yang lebih klasik – aromanya seperti berada di tengah taman hijau dengan rasa woody dan grassy pada akhir hirupan.

Siri Osmanthus Long Jing mempersembahkan tiga variasi termasuk Teh Susu Osmanthus Long Jing yang menawarkan campuran sempurna teh Long Jing dengan tambahan susu New Zealand yang segar. Bagi penggemar teh hijau sejati, Teh Tulen Osmanthus Long Jing menangkap intipati teh hijau tulen dan kaya.
Anda juga boleh mendapatkan Osmanthus Long Jing Macchiato, di mana teh Long Jing klasik ini menampilkan sentuhan moden melalui lapisan busa keju di atasnya.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai CHAGEE Malaysia, layari www.chagee.com.my.