Nissin Memperkenalkan Cawan Khas Untuk Menyukat Air Sewaktu Memasak Mi Segera
Lina Rosli
Memasak dan menyediakan mi segera semestinya bukan satu tugas yang rumit. Anda hanya perlu merendam mi segera di dalam air panas atau memasaknya di dalam pot di atas api. Dan untuk mendapatkan rasa yang diingini, anda hanya perlu menuangkan serbuk perasa yang telah disediakan ke dalam mangkuk mi anda.
Namun, kadangkala, ada berlaku keadaan yang mana hidangan mi segera anda mungkin terlebih air atau terkurang air menyebabkan ianya tidak seperti yang anda harapkan.

Oleh itu, Nissin, jenama mi segera Jepun yang popular ini telah hadir dengan satu perkakas khas yang membantu anda menyediakan mi segera yang lazat iaitu cawan sukatan khas Nissin.
Menurut Nissin, menerusi cawan ini, anda boleh menyukat jumlah air panas yang diperlukan bergantung kepada saiz mi yang anda pilih.
Pada cawan tersebut, jenama ini melengkapkannya skala yang sesuai pada permukaan untuk mengukur dengan tepat jumlah air yang diperlukan untuk Cup Noodles. Untuk skala berkenaan, anda boleh melihat saiz Cup Noodles yang berbeza.

Cawan penyukat itu dijual sebagai satu set dengan sembilan jenis mi cawan, termasuk tiga saiz besar, tiga sederhana dan tiga kecil. Setakat ini, cawan sukatan khas ini hanya boleh didapati di peruncit terpilih di Jepun atau dalam talian di Nissin, Amazon atau Yodobashi.