Carian
Mulai 1 November 2023, Eco-Shop Tidak Lagi Menyediakan Beg Plastik Kepada Pelanggan
October 17, 2023 Lina Rosli

Berdasarkan perkongsian Eco-Shop, bermula 1 November 2023, kedai RM2.40 ini tidak lagi menyediakan beg plastik bagi setiap pembelian yang dilakukan di kedai serbaneka

Perkara ini selari dengan komitmen mereka untuk melaksanakan misi kelestarian dengan mengurangkan penggunaan plastik bagi meningkatkan kesedaran akan kepentingan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan pada masa hadapan.

Bagi memudahkan anda melakukan pembelian di Eco-Shop, kedai ini kini menawarkan penggunakan beg eco baharu yang lebih mampan untuk kegunaan individu. Beg ini akan ditawarkan dalam pelbagai saiz bergantung kepada jumlah barang yang anda beli.

Komen