Baru-baru ini, sebuah jenama kecantikan dari Australian, Haircarebear telah secara rasminya dilancarkan untuk pasaran tempatan menerusi jualan di lebih 700 cawangan Watsons di Malaysia.
Bagi yang tidak mengetahui, Haircarebear merupakan produk kecantikan yang merangkumi kecantikan untuk rambut, kulit, kuku dan termasuk juga kecantikan dalaman.
Menggunakan gummies atau gula-gula gummy, Haircarebear menampilkan 8 perasa berbeza yang diekstrak daripada buah-buahan seperti buah beri, epal, lemon dan banyak lagi yang mana kesemuanya baik untuk kesihatan fizikal dan dalaman.
Apa yang lebih menarik, selari dengan keperluan individu Muslim di seluruh dunia, Haircarebear komited dalam menyediakan produk yang menggunakan bahan-bahan halal dan dijamin baik untuk keperluan tubuh.
Sekiranya anda ingin mencuba gummies dari Haircarebear ini, berikut adalah senarai produk yang boleh anda tambah ke dalam senarai pembelian:
- Haircarebear Hair Gummies – Untuk merancakkan pertumbuhan rambut
- Haircarebear Collagen Gummies – Untuk meningkatkan kecantikan dan keanjalan kulit
- Haircarebear Apple Cider Vinegar (ACV) Gummies – Berfungsi untuk menawarkan sistem pencernaan yang baik
- Haircarebear Sweet Dreams Gummies – Memberikan ketenangan diri dan meningkatkan kualiti tidur
- Haircarebear ByeAcne Gummies – Tinggi probiotik yang berfungsi untuk memupuk kesihatan usus dan mengurangkan jerawat
- Haircarebear Tummy Gummies – Mengandungi Garcinia Cambogia, L- Carnitine, dan ekstrak kopi hijau yang boleh meningkatkan metabolisma dan mengawal pengambilan gula G
- Haircarebear Chill Out Gummies – Mengandungi campuran ashwagandha yang berfungsi melegakan otot dan mengurangkan tekanan
- Haircarebear Glowhite Gummies – Sebagai agen anti-oksida yang juga dilengkapi Vitamin C, E, and B6 yang baik untuk kecantikan kulit selain baik untuk anda yang mempunyai gaya hidup aktif