The Curve Menyediakan 16 Stesen Pengecasan Untuk Kenderaan Elektrik Menjelang Akhir 2023

October 19, 2023
Uncategorized

Lina Rosli

Terletak di Mutiara Damansara, the Curve mengumumkan pelancaran 16 stesen pengecasan Kenderaan Elektrik (EV) yang akan lengkap tersedia menjelang akhir tahun 2023. Menurut the Curve, stesen pengecasan ini terletak di aras B1 tempat letak kereta pusat membeli-belah tersebut.

Usaha ini telah diumumkan pada hari ini di pelancaran rasmi stesen pengecasan EV pusat membeli-belah tersebut bersama-sama dengan ChargeEV oleh Yinson Greentech – Pengusaha Titik Pengecasan pertama bagi the Curve dan dua rakan pengecasan EV baharu iaitu ChargeSini dan Carput.

Menjadi antara yang terawal dalam menyediakan amalan mobiliti hijau, the Curve telah memulakan inisiatif pengangkutan yang mengutamakan alam sekitar. Pusat beli-belah itu juga merupakan yang pertama menyediakan kemudahan Pengecasan EV dengan kerjasama Perbadanan Teknologi Hijau Malaysia (GreenTech Malaysia) pada tahun 2015.

Untuk pengetahuan anda juga, the Curve kini tersenarai sebagai pusat membeli-belah utama di Lembah Klang yang mempunyai bilangan stesen Pengecasan EV yang tertinggi, selepas Suria KLCC.

Komitmen Curve terhadap kelestarian bukan sahaja memberikan  kemudahan kepada para pengunjung. Malahan, ia juga mengubah pengalaman membeli-belah menjadi lebih mesra alam, menjadikannya sebuah destinasi yang menarik untuk pengguna EV, yang kini boleh berbelanja, makan dan mengecas semula – semuanya di satu tempat,

Selain menggalakkan penggunaan EV di Malaysia, the Curve juga turut telah melaksanakan beberapa inisiatif kemampanan seperti:

  • lampu LED di tempat awam dan berjaya mengurangkan penggunaan tenaga dan emisi dengan ketara.
  • ruang khusus untuk program kitar semula
  • sistem letak kereta digital dan tanpa tunai 100%, menawarkan kemudahan yang sejajar dengan amalan mesra alam.
  • pemasangan panel solar pada bangunan telah dirancang untuk masa hadapan yang lebih hijau.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd