Bolehkah Anda Makan Atau Masak Bawang Bertunas?

October 19, 2023
Uncategorized

Lina Rosli

Apabila bawang yang dibeli di pasaraya dibiarkan lama di pantri atau dapur anda, pastinya lama kelamaan ia mula mengeluarkan tunas.

Persoalannya, adakah bawang bertunas ini selamat untuk dimakan?

Bagi yang tidak mengetahui, jawapannya, anda masih boleh menggunakan bawang bertunas untuk masakan tanpa menjejaskan kesihatan.

Ini kerana, menurut seorang chef di Institut Pendidikan Kulinari, tunas pada bawang tidak mengandungi sebarang toksin. Sebaliknya, pucuk tersebut hanya menukarkan gula dalam mentol bawang untuk tenaga berkembang, sekaligus membuatkan bawang bertukar menjadi rasa sedikit pahit apabila dimasak.

Akan tetapi walaupun bawang bertunas masih selamat untuk dimakan, anda akan mendapati rasa pada bawang tersebut akan mula merosot apabila ia tumbuh dan ia juga akan mula kering.

Secara umumnya, untuk bawang yang sudah mengeluarkan tunas, pakar biasa mencadangkan untuk tidak menggunakannya sebagai bahan mentah utama pada hidangan. Sebaliknya, anda boleh mengisar dan mencampurkannya dengan beberapa herba atau rempah ratus lain untuk mengurangkan rasa pahit pada bawang tersebut.

Mengapa Bawang Boleh Bertunas?

Untuk pengetahuan anda, bawang mula menumbuhkan pucuk hijau adalah kerana terdedah kepada terlalu banyak kelembapan.

Jadi untuk mengurangkan potensi bawang anda bertunas, ubah cara penyimpanan bahan mentah anda di dalam peti sejuk. Anda boleh menggunakan tisu kertas atau kain penyerap kelembapan untuk mengurangkan kadar kelembapan sepanjang penyimpanan.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd