Carian
LG Memperkenalkan Pembersih Vakum Nirwayar – LG CordZero All-in-One Tower Pada Harga RM4,999
October 19, 2023 Lina Rosli

Jika ditanya, apakah jenis pembersih vakum idaman anda, pastinya ramai yang akan menjawab – mudah untuk dikendalikan, ringan, serba lengkap dan ketahanan bateri maksima.

Oleh itu, LG kini tampil dengan produk serba baharu iaitu LG CordZero All-in-One Tower yang merupakan pembersih vakum yang dilengkapi dengan ciri dan fungsi yang menarik untuk kegunaan isi rumah.

Bagi yang tidak mengetahui, LG CordZero All-in-One Tower adalah pembersih vakum nirwayar yang menawarkan pelbagai ciri menarik seperti:

  • tempat penyimpanan yang cekap ruang untuk vakum dan aksesori
  • alatan kombinasi 2-in-1 yang boleh digunakan untuk menyedut habuk dan bakteria serta melakukan tugas mencuci dang mengemop
  • sesi pembersihan yang bertahan sehingga 120 minit tanpa gangguan
  • teknologi Smart Inverter Motor dan Axial Turbo Cyclone yang menawarkan daya sedutan yang kuat dan berterusan
  • perlarasan ketinggian sebanyak 4 kali – 880mm, 955mm, 1035mm dan 1120mm
  • sistem penapisan 5 langkah yang memisahkan habuk dan kotoran sehingga 99.9999%
  • teknologi LG Kompressor yang membantu memampatkan habuk terkumpul sehingga 2.4 kali
  • aplikasi LG ThinQ yang membolehkan akses panduan pembersihan dan memantau sejarah pengurusan dan pembersihan menerusi LG CordZero All-in-One Tower

Dengan adanya kesemua ini, rutin pembersihan rumah anda bukan sahaja menjadi lebih mudah tepi juga lebih efektif dan dijamin bersih menerusi teknologi serba baharu yang diperkenalkan oleh LG.

Bagi yang berminat, siri LG CordZero A9 ni boleh didapati pada harga:

  • LG CordZero A9T-MAX – RM4,999
  • LG CordZero A9T-CORE – RM4,499
  • LG CordZero A9K-ULTRA – RM4,199
  • LG CordZero A9K-MAX – RM3,699
  • LG CordZero A9K-LITE – RM2,299
Komen