Carian
Adakah Kulit Kering Boleh Menyebabkan Kedutan?
October 23, 2023 Lina Rosli

Secara umumnya, kedutan merupakan salah satu tanda penuaan yang berlaku dalam kalangan individu. Ia berlaku secara semula jadi dan boleh menjadi lebih ketara sekiranya terdedah kepada matahari. Kawasan tubuh badan yang paling mudah untuk mengalami kedutan adalah seperti di muka, leher, tangan dan lengan bawah.

Dalam era modenisasi ini, individu kini mempunyai lebih banyak pilihan berbanding sebelum ini untuk membantu mengurangkan dan melambatkan risiko penuaan. Ini termasuk penggunaan ubat-ubatan, rawatan mengurangkan garisan dan kedutan halus dan banyak lagi.

Selain itu, amalan penggunaan pelindung matahari setiap hari dan membersihkan kulit pagi dan petang secara konsisten membantu mengekalkan kelembapan kulit anda yang mana ia merupakan salah satu perkara paling penting yang boleh anda lakukan untuk kulit anda.

Bukan sahaja muka yang terhidrat dan lembap mempunyai penghalang yang lebih kuat – menjadikannya kurang terdedah kepada kerosakan tetapi juga boleh memberi kesan langsung kepada penampilan anda.

Adakah Kulit Kering Menyebabkan Kedutan?

Jika dibandingkan dengan kulit yang sedikit kering, ia cenderung untuk mengalami kekusaman dan menjadikan garis-garis halus dan kedutan kelihatan dengan lebih jelas.

Ini berlaku apabila kerosakan UV terkumpul, pengeluaran kolagen dan elastin menjadi perlahan dan matriks ekstraselular yang memberikan sokongan struktur untuk kulit kita rosak.

Untuk pengetahuan anda, sebenarnya kedutan adalah keadaan yang disebabkan oleh lipatan dan pergerakan kulit yang berlaku berulang-ulang kali selama bertahun-tahun sewaktu menggunakan otot ekspresi muka. Apabila kulit tidak terhidrat dan dilembapkan dengan betul, ia boleh memburukkan lagi penampilan garis halus dan kedutan yang sedia ada.

Oleh itu, menjawab kepada persoalan adakah kulit kering boleh menyebabkan kedutan, jawapannya tidak. Kulit kering tidak langsung menyebabkan kedutan terbentuk, tetapi ia boleh menjadikannya lebih ketara.

Kurangkan Risiko Kedutan Dengan Cara Melembapkan Kulit Secara Konsisten

Apabila kita bercakap tentang pelembab kulit, sebenarnya terdapat tiga komponen berbeza yang diperlukan oleh kulit iaitu humektan, emolien dan oklusif.

Humektan, seperti gliserin atau asid hyaluronik, menarik kelembapan pada kulit manakala emolien memberikan rangsangan kelembapan pada permukaan kulit.

Sementara oklusif pula mengunci semua perkara di atas untuk mengurangkan kehilangan air trans-epidermal (TEWL) yang membantu mengekalkan kulit gebu dan anjal lebih lama.

Anda memerlukan ketiga-tiga jenis untuk mengatasi penampilan garis-garis halus dan kedutan. Contoh rutin yang penting yang perlu dipraktikkan termasuk membersihkan muka anda, menggunakan serum asid hyaluronik pada kulit yang lembap, menggunakan pelembap tidak aktif, kemudian lapisan nipis jeli petroleum (slugging) di atasnya.

Komen