Carian
Pepper X Kini Memegang Rekod Sebagai Cili Paling Pedas Di Dunia – Mengalahkan Carolina Reaper
October 23, 2023 Lina Rosli

Baru-baru ini, satu lagi jenis cili baharu telah diiktiraf sebagai cili paling pedas di dunia – iaitu Pepper X dengan skor Scoville mencecah 2.69 juta SHU atau dikenali sebagai scoville heat unit.

Untuk pengetahuan anda, bagi rekod sebelum ini yang dipegang oleh Carolina Reaper, ia telah menerima skor Scoville purata 1.64 juta SHU. Cili Carolina Reaper ini ditanam oleh Ed Currie, pengasas Puckerbutt Pepper Company (AS).

Berdasarkan perkongsian, perkiraan skor Scoville bagi cili Pepper X telah dilaksanakan oleh Universiti Winthrop di Carolina Selatan, yang menjalankan ujian menggunakan spesimen dari empat tahun yang lalu.

Menerusi skala Scoville ini, mereka telah mengukur kepedasan cili berdasarkan kepekatan capsaicin, yang merupakan komponen aktif dalam cili dan menyebabkan muncul sensasi pedas dan terbakar apabila ia bersentuhan dengan tisu manusia.

Dari segi bentuk fizikal cili ini, Pepper X memperlihatkan saiz cili yang kecil dengan keadaan kulit yang berkedut. Warna cili ini pula sama dengan kebanyakan cili lain yang menampilkan warna hijau pada awalnya dan bertukar menjadi warna kuning dan kemudian merah.

Dan jika anda melihat pada hujung cili, ia menampilkan bentuk yang banyak lengkung selain turut memperlihatkan keadaan cili yang sedikit mengembang – tidak padat.

Menurut Ed Curry, Pepper X ini telah ditanam di ladangnya selama lebih 10 tahun dan dibirarkan membiak silang dengan beberapa cili lain untuk meningkatkan kandungan capsaicinnya.

Komen