Carian
KFC Double Down Kembali – Turut Menampilkan Menu Baharu Samyang Buldak Double Down Dan Samyang Buldak Cheezilla
October 24, 2023 Lina Rosli

Satu-satunya burger tanpa roti dari KFC iaitu Double Down kini kembali ditawarkan di semua rangkaian KFC berdekatan anda. Ia menampilkan dua pilihan burger iaitu Samyang Buldak Double Down dan juga Zinger Double Down.

Boleh didapati bermula 24 Oktober 2023, menu baharu KFC x Buldak ini menampilkan hidangan pedas yang pasti akan membakar selera.

Untuk Samyang Buldak Double Down, ia menampilkan burger tanpa roti yang mana ia menggunakan fillet Zinger yang diperbuat daripada 100% daging ayam asli dan kemudiannya yang dipadankan dengan mi Samyang dan sos pedas Buldak mencipta pengalaman inovatif yang terdiri daripada pelbagai perisa dan tekstur semuanya dalam satu gigitan.

Sementara untuk hidangan Samyang Buldak Cheezilla pula, ia menggabungkan patti keju Mozzarella yang digoreng sehingga perang keemasan dan juga fillet Zinger rangup yang kemudiannya dilengkapkan dengan sos pedas Buldak.

Untuk mendapatkannya, terdapat 4 pilihan hidangan ditawarkan iaitu:

  • Samyang Buldak Cheezilla (Box Meal) – RM28.90
  • Samyang Buldak Cheezilla (Combo) – RM26.49
  • Samyang Buldak Cheezilla (Ala Carte) – RM22.99
  • Zinger Double Down – RM16.99
  • Samyang Buldak Double Down (Box Meal) – RM25.99
  • Samyang Buldak Double Down (Combo) – RM23.99
  • Samyang Buldak Double Down (Ala Carte)– RM20.99

Jangan lepaskan peluang keemasan anda dan mula pesan set Double Down KFC ini di aplikasi KFC Delivery, ShopeeFood, GrabFood dan FoodPanda bermula hari ini!

Muat turun aplikasi KFC Delivery di Play Store // Muat turun aplikasi KFC Delivery di App Store

Komen