Tiada idea dan waktu yang sesuai untuk memasak? Tiada masalah, jika anda berada di kawasan sekitar Bukit Jalil, jangan lupa untuk berkunjung ke Pavilion Bukit Jalil dan dapatkan pelbagai jenis hidangan makanan dan minuman yang ditawarkan pada harga yang berpatutan.
Sama ada anda ingin dapatkan makan tengah hari, minum petang atau makan malam, pelbagai jenis kedai telah tersedia dan dibuka untuk anda kunjungi setiap hari bermula hari ini sehingga 13 November 2023 bersempena pelancaran kempen Pavilion Taste yang dilaksanakan di Pavilion Bukit Jalil.
Hidangan Korea Dan Jepun – Halal Dan Mesra Muslim
Di Pavilion Bukit Jalil, terdapat pelbagai pilihan halal dan mesra muslim yang hebat – sekitar lebih 40 pilihan yang sesuai untuk setiap individu.
Antaranya termasuklah makanan Korea kegemaran ramai iaitu kedai Kyochon 1991 untuk ayam goreng Korea terbaik dengan variasi pilihan perisa untuk dipilih – ayam lada merah atau bawang putih.
Selain itu anda juga boleh mencuba, Ramen Kagura untuk semangkuk ramen yang hangat dan menyelerakan dengan 6 sup istimewa dan pelbagai kuah lain yang sesuai untuk dinikmati.

Bgai anda yang menggemari hidangan steamboat dan hotpot, anda boleh menikmati set bufet makanan sepuasnya di Suki-Ya. Di restoran ini, mereka menawarkan hidangan hotpot istimewa pada harga yang berpatutan.
Terdapat empat asas sup lazat yang boleh dipilih pelanggan termasuk shabu shabu, miso, sukiyaki dan kimuchi. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan hidangan daging lembu, kambing dan ayam tanpa had.
Bagi mereka yang mencari sesuatu yang luar biasa, anda juga boleh mencuba hotpot yang baru dibuka di Pavilion Bukit Jalil – BBQ Town menghidangkan beberapa barbeku untuk makan sepuasnya.
Di restoran ini, ia menawarkan kepada pelanggan hidangan gaya bufet yang menggabungkan rasa barbeku yang enak dengan shabu-shabu dan menawarkan daging lembu, kambing, ayam dan udang Australia tanpa had. Para pelanggan juga boleh menikmati sup ayam kombu dan ayam goreng percuma sebagai hidangan permulaan untuk merancakkan selera.
Senarai Lokasi:
- Kyochon 1991: Aras 3, Zon Merah Jambu
- Ramen Kagura, Tokyo Town: Aras 2, Zon Jingga
- Suki-Ya: Aras 5, Zon Jingga
- BBQ Town: Aras4, Zon Merah Jambu
Hidangan Segera – Ringkas Tetapi Lazat
Bagi anda yang mencari hidangan yang mudah dan pantas untuk dinikmati, di Pavilion Bukit Jalil menawarkan beberapa pilihan kedai yang boleh anda kunjungi.
Ini termasuk kedai Mi Hiris Cina Muslim yang menyajikan kepada anda hidangan mi tradisional Cina Muslim yang istimewa.
Apa yang membezakan penyediaan hidangan untuk mi ini dengan mi yang lain adalah tatacara penyediaan hidangan yang unik. Kedai Mi Hiris Cina Muslim ini menampilkan proses menguli bahan dari tepung sehingga menjadi doh menggunakan tangan kiri. Kemudian, mereka menggunakan pisau bengkok untuk menghiris doh ke dalam air mendidih, dan keluarkan hirisan mi selepas masak. Selepas itu, mereka menambah daging dan perasa bagi menampilkan rasa yang unik.

Selain itu, anda juga boleh mencuba hidangan di Oriental Kopi. Antara hidangan signature yang boleh anda cuba termasuklah Kopi Oriental, Portuguese EggTart dan Polo Bun, yang dibuat dengan teliti daripada teknik tradisional.
Atau jangan ketinggalan untuk mencuba hidangan sedia makan di Bungkus Kaw Kaw yang mana mereka menyajikan hidangan seperti mihun goreng, nasi lemak bungkus, kuih-muih tradisional dan banyak lagi pada harga kurang dari RM10.
Bagi anda yang ingin mendapatkan hidangan yang lebih ringkas dan segera, D’Laksa menyediakan pelbagai jenis pilihan laksa – pedas dan tidak pedas untuk sajian makanan pagi, tengahari ataupun malam.
DubuYo Mini ialah destinasi untuk penggemar makanan yang ingin merasai keharmonian dalam satu mangkuk. Pastikan anda mencuba kesemua hidangan mereka – bermula daripada Soondubu Jigae hingga ke makanan panas yang lain – berdasarkan selera anda.
Senarai Lokasi:
- Mi Hiris Cina Muslim – Aras 1, Zon Merah Jambu
- Oriental Kopi – Aras 1, Zon Jingga
- Bungkus Kaw Kaw – Aras 1, Zon Jingga
- D’Laksa – Aras 1, Zon Jingga
- Dubuyo Mini – Aras 1, Zon Merah Jambu
Nikmati Penghilang Dahaga – Kopi Dan Jus Buah
Di J.P. & CO, anda boleh menikmati hidangan kopi yang variasi untuk anda yang memerlukan minuman yang berkafein tinggi untuk kekal produktif.

Atau anda juga boleh mencuba minuman teh susu, CHAGEE, yang kini menjadi pilihan ramai individu pada masa kini. Antara minuman yang boleh anda nikmati termasuklah White Peach Oolong Milk Tea, Jasmine Green Tea Milk, Osmanthus Oolong Tea, Osmanthus Long Jing Tea dan macam-macam lagi.
Untuk pilihan minuman jenis jus pula, anda boleh kunjungi ke JUICY Fresh Juice Bar, yang merupakan jenama jus no.1 dari Korea. Mereka hadir dengan pilihan jus buah-buahan asas, segar dan asli pada harga yang berpatutan untuk memenuhi keperluan jus harian pelanggan.

Ataupun anda boleh menikmati milkshake lazat di Perfect Ice. Ia menghidangan pelbagai jenis hidangan berasaskan susu yang menarik untuk anda cuba.
Senarai Lokasi:
- J.P & Co – Aras 1, Zon Jingga
- CHAGEE – Aras 3, Zon Jingga
- JUICY Fresh Juice Bar – Aras 1, Zon Merah Jambu
- Perfect Ice – Aras 1, Zon Merah Jambu
Pencuci Mulut – Bukan Manisan Biasa
Lama sebelum bingsu dan kakigori menjadi sesuatu hidangan yang popular, orang ramai terlebih dahulu menikmati secawan ais kacang yang menyejukkan tekak ketika musim panas. Di Pavilion Bukit Jalil, anda boleh mendapatkan ais kacang dan cendol di Kwong Wah Ice Kacang yang telah diperkenalkan sejak 65 tahun yang lalu.

Anda juga boleh mendapatkan aiskrim yang menyegarkan di Inside Scoop – menawarkan lebih 70 perisa termasuklah coklat Valrhona, durian dan juga gong cha taro dengan mutiara putih, yang menjadi kegilaan sekarang.

Christine’s Bakery pula ia tempat di mana kebahagiaan bermula. Ia menampilkan menu yang memfokuskan kepada bagel gulung dengan pelbagai isian menarik yang disusun khas dengan bahan-bahan segar dan terbaik. Selain itu, cuba juga piza asam, pasta, pastri, kopi dan banyak lagi.
Senarai Lokasi:
- Kacang Ais Kwong Wah: Aras 3, Zon Merah Jambu
- Inside Scoop: Aras 3, Zon Merah Jambu
- Christine’s Bakery: Aras 3, Zon Merah Jambu
Pavilion Bukit Jalil juga memberikan 50 restoran dan kafe F&B kegemaran anda setiap hari bekerja dari pelbagai restoran.
Untuk maklumat lanjut tentang senarai restoran ini, layari laman web Pavilion Bukit Jalil di www.pavilion-bukitjalil.com, atau semak kemas kini masa nyata melalui Facebook, Instagram atau hubungi Khidmat Pelanggan di +603-8092 8833.