Minuman Jeli Buah-Buahan Malaysia, DRINME Memperkenalkan Rekaan Pek Baharu Dan Tiga Perisa Menarik
Lina Rosli
Baru-baru ini DRINME, minuman jeli buah-buahan tempatan Malaysia telah hadir dengan tiga perisa funky baharu – Lemonade, Mangga dan Beri Campuran.
Bagi yang tidak begitu mengenali DRINME, ia merupakan minuman inovatif yang menggabungkan kebaikan jus buah-buahan dan rasa jeli untuk minuman dan juga rekaan pek baharu yang disesuaikan dengan gaya hidup aktif individu pada masa kini.

Setiap tegukan DRINME juga didatangkan dengan semua vitamin C yang penting. Dengan cara ini pengguna bukan sahaja dapat meningkatkan imuniti dalam setiap tegukan tetapi juga mengekalkan kulit berseri dan meningkatkan aliran darah.
Selain itu, DRINME juga telah mendapat pengiktirafan halal dari Jakim dan memiliki pensijilan HACCP dan ISO yang diperlukan.
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan DRINME, perisa Lemonade menampilkan sensasi masam yang menyegarkan dan menghilangkan dahaga. Sementara itu, perisa Mangga menyajikan rasa tropika seakan membawa anda beristirehat di tepi pantai. Perisa Beri Campuran pula ialah gabungan yang menarik yang memberikan cetusan rasa masam untuk memberi anda kelebihan untuk menjalani hari anda.

Untuk mendapatkan DRINME, ia kini boleh didapati di peruncit terpilih di seluruh negara termasuk SEGI Cash & Carry, Ninso, Mr. Dollar, Best RM2 Plus, Setia, Mr. DIY, Fantasy Jungle Food, Super Seven, Star Grocer, Allrich di Sabah dan melalui MinSiang Trading di Sarawak .
DRINME juga tersedia untuk pembelian dalam talian melalui Shopee dan Lazada.