Alpro Pharmacy Memperkenalkan Cawangan Farmasi Ala Jepun – Farmasi Alpro Sugi Dibuka Di PJ Dan JB

October 25, 2023
Uncategorized

Lina Rosli

Alpro Pharmacy telah memperkenalkan sebuah cawangan farmasi baharu yang direka dengan susun atur ala-ala Jepun menerusi penjenamaan Farmasi Alpro Sugi di Petaling Jaya.

Memilih The Starling Mall sebagai lokasi kedua, Farmasi Alpro Sugi ini menampilkan saiz kedai seluas 3,888 kaki persegi. Ini merupakan pencapaian baharu usaha sama antara Sugi Holdings Co. Ltd., rangkaian farmasi terkemuka Jepun dengan 1,600 kedai, dan Alpro Pharmacy Group, syarikat induk rangkaian farmasi preskripsi terbesar di Malaysia.

Di Farmasi Alpro Sugi ini, ia menawarkan pembelian bagi produk penjagaan kesihatan dan penjagaan diri yang lebih meluas dan eksklusif – menampilkan produk kesihatan dan kecantikan, produk penjagaan kesejahteraan dan penjagaan bayi ‘Made in Japan’.

Selain itu, pengalaman membeli-belah di kedai farmasi Jepun yang holistik ini tidak terhad kepada warga Lembah Klang sahaja, Farmasi Alpro Sugi kedua di Malaysia juga akan membuat pembukaan kepada orang ramai di Paradigm Mall, Johor Bahru pada hujung minggu ini.

Menurut Alpro Pharmacy, kedua-dua farmasi ini mempunyai ahli farmasi profesional yang memberi ‘Minute Consult’, iaitu akses melalui talian di farmasi kami kepada panel doktor, serta pakar pemakanan, pakar diet, penasihat kesihatan dan penasihat kecantikan yang sentiasa bersedia untuk membantu pelanggan mereka.

Farmasi ini juga dilengkapi dengan Analisis Kulit AI Lanjutan untuk mengesan pelbagai masalah kulit, Ujian Occu-AI untuk kesihatan mata dan analisis risiko kesihatan bagi pelanggan untuk lebih memahami keperluan kesihatan dan tubuh mereka.

Lawati Farmasi Alpro Sugi dan nikmati pengalaman penjagaan kesihatan Jepun yang tiada tandingannya!

Farmasi Alpro Sugi terletak di:

  • Lot S-201B, Second Floor, The Starling Mall, Petaling Jaya
  • Lot 3F-60, Third Floor, Paradigm Mall, Johor Bahru

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd