Shake Shack Kini Tiba Di Malaysia – Buka Cawangan Pertama Di Tun Razak Exchange (TRX)
Lina Rosli
Khusus buat peminat ShackBurgers dari Malaysia, kini Shake Shack bakal membuka cawangan pertama mereka di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur – iaitu di Tun Razak Exchange (TRX).
Untuk pengetahuan anda, Shake Shack sangat popular dengan sajian menu kegemaran ramai iaitu burger yang dikenali sebagai ShackBurger. Ia menampilkan burger dengan patti daging yang mewah ditambah lagi dnegan sajian sos yang unik menjadikannya salah satu jenama burger yang popular di peringkat global.

Bukan itu sahaja, bagi setiap lokasi baharu, Shake Shack turut akan menawarkan menu minuman disesuaikan mengikut citarasa tempatan. Antara menu yang menarik termasuk ShackBurger®, Chicken Shack, ‘Shroom Burger, Crinkle-Cut Fries, Shakes dan Shack Attack sebagai menu tambahan eksklusif untuk pasaran Malaysia.

Untuk meraikan Shake Shack pertama di Malaysia, penggemar burger berpeluang memenangi beberapa hadiah pra-pembukaan di laman sosial Shake Shack Malaysia bermula Jumaat 3 November.
Untuk mengikuti perkembangan dan mengetahui semua kejadian dan kemas kini Shake Shack terkini, ikuti laman media sosial rasmi @shakeshackmy di Facebook dan Instagram.