Carian
Pizza Hut Memperkenalkan Menu Baharu – Nikmati Piza CHEEEEEEEZZA Sehingga Disember 2023
October 26, 2023 Lina Rosli

Pizza Hut Malaysia kini bersiap sedia untuk menyambut pengalaman akhir tahun yang luar biasa dengan mempersembahkan inovasi terbarunya, CHEEEEEEEZZA – piza khas untuk pencinta keju sejati.

Dilancarkan pada 16 Oktober 2023, produk eksklusif dengan tawaran terhad ini pasti menarik perhatian ramai untuk perayaan akhir tahun melalui gabungan cita rasa yang luar biasa dan kelazatan keju dalam setiap gigitan.

Bagi meraikan pelancaran ini, Pizza Hut akan menawarkan promosi perkenalan khas, bermula dari 25 Oktober hingga 13 November 2023. Dalam tempoh promosi ini, pelanggan dapat menikmati promosi Beli 1, Percuma 3, di mana bagi setiap pembelian piza CHEEEEEEEZZA, pelanggan juga akan dapat satu piza saiz regular dari rangkaian Fun 5 yang terpilih, serta 2 gelas minuman ringan secara percuma.

Diinspirasikan oleh piza Cheesy 7 kegemaran ramai, dan juga digemari oleh pelanggan Pizza Hut di seluruh dunia, CHEEEEEEEZZA merupakan hidangan eksklusif khas untuk memuaskan cita rasa rakyat Malaysia.

Piza CHEEEEEEEZZA ini mencerminkan cinta rakyat Malaysia terhadap keju melalui gabungan 7 jenis keju selain turut diberikan sentuhan rasa pedas dan masam dengan penggunaan jalapeno, memberikan CHEEEEEEEZZA rasa menyengat yang pasti menyelerakan.

CHEEEEEEEZZA mengharmonikan dua pengalaman rasa yang berbeza: kemewahan krim keju dan sensasi pedas. Ia merupakan gabungan dua rasa yang biasanya bertentangan dan menghasilkan sesuatu yang benar-benar luar biasa. Piza yang pasti menjadi satu hidangan yang menarik perhatian ini dihasilkan melalui gabungan bahan-bahan berikut:

  • Bebola Keju Nacho
  • Sos Keju Jalapeno Pedas,
  • 5 Campuran Keju:
    • Red Cheddar
    • Edam
    • Provolone
    • Medium Fat Hard Cheese
    • Monterrey Jack
  • Dilengkapi dengan Protein – Hirisan Ayam.

Dihidangkan dalam saiz regular dan dipotong menjadi enam keping yang lazat, pelanggan boleh menikmati menu Ala Carte CHEEEEEEEZZA pada harga RM41.90 atau memilih set Combo bermula dari RM53.90.

CHEEEEEEEZZA akan tersedia untuk pelanggan dalam kedai dan pesanan bawa pulang di semua outlet Pizza Hut di seluruh negara sehingga 31 Disember 2023. Ia juga tersedia untuk penghantaran ke rumah dengan mudah melalui Aplikasi Pizza Hut, laman web rasmi di www.pizzahut.com.my, atau melalui platform agregator makanan.

Untuk maklumat lanjut dan tawaran terkini dari Pizza Hut Malaysia, sila layari www.pizzahut.com.my atau ikuti kami di Facebook dan Instagram.

Komen