Carian
Kajian Dapati 61% Lelaki Di Malaysia Lebih Bersedia Untuk Pencen Berbanding Wanita – Dari Sudut Kewangan
October 26, 2023 Lina Rosli

Pada tahun 2023 ini, RinggitPlus telah berkongsi hasil tinjauan bagi Kajian Celik Kewangan Malaysia (RMFLS) RinggitPlus 2023.

Terdapat beberapa dapatan yang telah diperoleh merangkumi keadaan kewangan melibatkan individu dari pelbagai latar belakang.

Antara yang menarik perhatian kami adalah terdapat jurang di dalam pengetahuan kewangan dalam kalangan lelaki dan perempuan. Ini kerana dalam tinjauan mendedahkan bahawa 75% responden wanita menyimpan kurang daripada RM500 sebulan, berbanding 66% lelaki.

Di samping itu, 69% responden wanita boleh bertahan kurang daripada tiga bulan dengan hanya simpanan mereka berbanding 64% lelaki.

Berdasarkan angka ini, maka tidak hairanlah mengapa lebih ramai wanita lebih cenderung dan terdedah kepada masalah kewangan sekiranya berlaku hal-hal tidak terjangka seperti kehilangan pekerjaan atau perbelanjaan yang tidak dijangka.

Bukan itu sahaja, dalam laporan itu juga hanya 44% responden wanita yang telah mula melabur, kurang 12% daripada responden lelaki yang (56%) yang lebih aktif dan berpengetahuan berkenaan pelaburan.

Tambahan kepada tinjauan ini, sekitar 51% responden wanita yang mula merancang kewangan untuk persaraan mereka berbanding lelaki – sekitar 61% daripada mereka yang mempunyai perancangan kewangan yang baik untuk bersara.

Komen