Carian
Sedang Mencari Kelengkapan Untuk Rumah Baharu? Ini Senarai Perkakas Elektronik Haier Yang Boleh Anda Dapatkan
October 27, 2023 Lina Rosli

Untuk anda yang baru berpindah ke rumah baru, pastinya anda perlu hadir dengan bajet perbelanjaan yang baru. Terdapat beberapa perkara penting yang akan anda tambah dalam bajet bulanan anda. Ia termasuk kos utiliti, barangan dapur, servis penyelenggaraan dan banyak lagi.

Dan perkara yang mungkin penting pada tempoh awal proses pindah rumah termasuklah melengkapkan isi rumah dengan perabot dan perkakas elektronik yang diperlukan dalam kehidupan seharian seperti mesin basuh, peti sejuk, dapur memasak, televisyen dan banyak lagi.

Oleh itu, untuk mendapatkan barangan atau perkakas elektronik yang ideal untuk rumah anda, Tajria hari ini akan membantu anda menyenaraikan barangan-barangan baharu yang boleh anda dapatkan pada harga yang mampu milik.

Ini Kelengkapan Perkakas Elektronik Dari Haier Brand Shops Yang Boleh Anda Dapatkan

Di dalam sebuah acara yang berlangsung di pameran HOMEDEC 2023 di Kuala Lumpur Convention Centre, Haier telah mengumumkan yang mana mereka kini sedang mengembangkan rangkaian peruncitannya di Malaysia dengan menambah lebih banyak Haier Brand Shops bagi memperluaskan capaian dan mendekatkan jenama itu kepada pelanggan.

Sehingga kini, terdapat 43 Haier Brand Shops yang beroperasi di lokasi-lokasi utama dan bandar-bandar besar di seluruh negara. Pengembangan ini membolehkan pengguna melihat produk-produk terkini Haier dan teknologi yang direka dengan falsafah ‘Smart Living’, dalam usaha syarikat itu untuk terus menambah baik gaya hidup pengguna dengan teknologi inovatif.

Berikut adalah senarai kelengkapan yang boleh anda tambah ke dalam bakul pembelian dan dapatkannya untuk rumah anda:

#1 Peti Sejuk Pintu Side-By-Side HRF-689SI(GE)

Sekiranya anda mencari pintu sejuk dengan kapasiti yang besar, Haier telah memperkenalkan peti sejuk yang menggunakan susunan side-by-side yang mana ia dilengkapi dengan teknologi terbaharu seperti H-DEO Fresh selain turut memperkenalkan pintu anti-bakteria yang membolehkan pengurangkan pencemaran silang yang datang dari luar kepada makanan dalam peti sejuk.

Apabila tiada bakteria, maka tiada lagi bau-bauan yang tidak diingini dengan teknologi penyahbauan. Selain itu, ia turut menghalang pertumbuhan bakteria dan mengurangkan bau menerusi gabungan penapis antibakteria seramik dan ion tembaga, dan memastikan makanan tidak saling menyerap rasa.

Bagi mengekalkan kesegaran produk juga, HRF-689SI(GE) dilengkapkan dengan Sistem Kawalan Lembapan (HCS) Plus yang mengekalkan kesegaran makanan dua kali lebih lama. Ini dapat dicapai menerusi pembahagian zon basah dan kering dengan kadar kelembapan berbeza untuk buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan kering.

Dengan kapasiti 689L, peti sejuk ini sesuai untuk isi rumah besar. Usah risau untuk kos yang tinggi, teknologi ‘twin-inverter’ diperkenalkan bagi membantu mengoptimumkan penggunaan kuasa, menjimatkan tenaga dan bil utiliti.

Bagi yang berminat, HRF-689SI(GE) ditawarkan pada harga RM3,789 dan boleh didapati secara pra-pesanan.

#2 Mesin Basuh Baharu HW150 & HW120 Dengan Dram Super

Direka untuk keluarga, HW150-BP14986ES8 ialah mesin basuh muatan hadapan (front-load) terbaharu oleh Haier yang mempunyai kapasiti 15kg.

Ia menampilkan Dram Super XL berdiameter 601mm yang memudahkan proses memuatkan barangan, termasuk fabrik bersaiz besar seperti selimut bersaiz king. Kelebihan tambahan saiz Dram Super XL ialah dari aspek kecekapannya, kerana ia menjimatkan masa sehingga 55% berbanding dram berdiameter 495mm.

Bukan itu sahaja, mesin basuh ini juga dilengkapi dengan Sistem Penjagaan Kebersihan paling canggih daripada Haier, sekaligus meningkatkan tahap kebersihan pakaian. Komponen lain yang diperlihatkan termasuklah komponen wap, dwisemburan dan rawatan antibakteria untuk membunuh, membuang dan mencegah bakteria, memastikan persekitaran yang bersih dengan menghapuskan sehingga 99.99% bakteria.

HW120-BP14959S pula hadir dengan kapasiti 12kg yang juga merupakan mesin basuh jenis muatan hadapan dengan diameter dram 525mm.

Seperti generasi terdahulu, mesin basuh ini juga direka bentuk dengan teknologi kimpalan laser tepat untuk menghasilkan permukaan dram yang lancar dan licin yang lembut pada fabrik.

Kedua-dua mesin basuh ini dikuasakan oleh teknologi Super Inverter yang memberikan penjimatan yang lebih baik dalam penggunaan air dan elektrik.

Berikut adalah harga jualan bagi mesin basuh:

  • HW150-BP14986ES8 – RM3,999
  • HW120-BP14959S8 – RM3,499

#3 Pengering HD100-A2939S Untuk ‘Dry-clean’

Bagi anda yang tinggal di rumah yang kecil seperti di pangsapuri atau kondominium, pastinya anda ingin mendapatkan perkakas elektronik yang memudahkan proses pengeringan tanpa perlu menyediakan ruang sidai yang besar.

Oleh itu, dengan kehadiran pengering HD100-A2939S Haier, anda boleh mengeringkan pakaian dengan lebih mudah dan pantas. Pengering dari Haier ini juga dilengkapi dengan teknologi I- Refresh yang menembusi gentian pakaian untuk menghilangkan habuk, bau dan bakteria. Menggunakan wap tahap mikron, pengering ini membolehkan pengalaman ‘dry-clean’ profesional di rumah.

Ia menggunakan teknologi pam baba yang mengekalkan suhu rendah yang konsisten dengan mengedarkan semula udara panas untuk mengeringkan pakaian, menjimatkan penggunaan tenaga sehingga 56% berbanding pengering berventilasi tradisional. Teknologi ini juga membantu mengelakkan pengecutan dan mengekalkan warna asal pakaian, serta menjadikan pakaian lembut dan gebu.

Untuk mendapatkan pengering ini, HD100-A2939S dijual pada harga RM5,199 yang mana ia boleh didapati melalui pra-pesanan.

#4 HVQ-795HGBGMY/H Hud Pengudaraan Untuk Dapur Tanpa Asap

Sekiranya anda gemar untuk memasak, maka dapur yang bersih dan selesa merupakan salah satu impian yang besar. Dan untuk memastikan impian ini tercapai, anda boleh mendapatkan hud pengudaraan HVQ-795HGBGMY/H yang berkuasa dan mempunyai keupayaan aliran udara 1,900m3/j.

Ia dilengkapi dengan motor AI yang menggunakan teknologi aliran udara pintar untuk meningkatkan kuasa penyedutan secara intuitif jika ia mengesan halangan yang membawa kepada pengepulan asap di dapur.

Apa yang membezakan hud ini adalah ketersambungan lancar yang ditawarkan menerusi sambungan ‘Hob to Hood’ melalui Bluetooth. Setelah dipasangkan, hud akan disegerakkan (synchronize) dengan dapur gas Haier yang serasi. Ia diaktifkan secara automatik apabila dapur dihidupkan, dan dimatikan selepas 3 minit apabila selesai memasak

#5 Dapur Gas HCX-Q72TGB

Melengkapkan dapur pintar anda adalah dapur gas baharu daripada Haier iaitu HCX-Q72TGB. Dapur gas ini hadir dengan pemasa 180 minit. Ia akan memberi amaran kepada pengguna dengan bunyi bip sekiranya dapur dihidupkan terlalu lama. Dan ia juga akan mematikan secara automatik jika dapur gas dibuka lebih daripada masa yang ditetapkan.

Selain itu, HCX-Q72TGB menampilkan ‘Copper Burner’ yang sangat tahan lama, dengan pengagihan haba yang cekap dan prestasi yang berkekalan. Dapur itu juga dilengkapi dengan ‘Cast Iron Pan Suppprt’ yang menyimpan pelbagai alatan memasak, yang menambah baik pengalaman memasak untuk isi rumah di seluruh Malaysia.

#6 Pemanas Air Siri F EI42E-FP3B(MY)

Haier Malaysia telah membawa masuk pemanas air EI42E-FP3B(MY) yang penuh dengan ciri keselamatan terkemuka untuk mengawal kesejahteraan pengguna. Ciri utamanya ialah teknologi kalis renjatan yang direka khusus untuk mengelakkan situasi kebocoran elektrik dan kegagalan Pemutus Litar Kebocoran Bumi (ELCB) yang mungkin menimbulkan risiko renjatan elektrik.

Teknologi ini mengubah arus elektrik voltan tinggi dalam air kepada voltan yang lebih rendah, memastikan keselamatan pengguna ketika mandi. Selain itu, ‘Dual Copper Heating Tube’ yang hadir dengan produk baharu ini membantu mempercepatkan proses pemanasan dan juga memanjangkan jangka hayat pemanas air.

Bagi yang berminat, pemanas air Haier EI412E-FP3B(MY) boleh dibeli pada harga RM890 di Haier Brand Shops dan pengedar sah di seluruh negara.

#5 Televisyen Bersaiz Besar – H65C900UX dan H98S900UX

Jika anda mencari-cari televisyen yang bersaiz besar pada harga yang mampu milik, maka Haier adalah pilihan yang berbaloi.

Menerusi pengenalan televisyen baharu ini, Haier H65C900UX menampilkan paparan OLED 120Hz 4K yang memberikan kualiti gambar yang tiada tandingan, memaparkan rona hitam tulen untuk kontras yang menakjubkan, dengan kualiti gambar yang terasa semula jadi, dalam dan nyata.

Malah, ia juga menampilkan sistem audio Dolby Atmos yang lengkap dengan pembesar suara Harman Kardon 2.1 Surround. H65C900UX juga menawarkan pilihan hiburan tanpa had melalui Google TV, dengan koleksi aplikasi yang paling luas di pasaran.

H65C900UX baharu itu juga datang dalam saiz 55 inci dan 65 inci untuk memenuhi keperluan pengguna yang berbeza.

Jika anda mahukan pengalaman tontonan yang lebih luas, QLED TV H98S900UX merupakan televisyen terbesar dari Haier yang bersaiz 98 inci. Ia menampilkan rekaan skrin tanpa-bezel selain turut mempunyai keupayaan ‘local dimming’ untuk menggelapkan permukaan hitam dan menjadikan permukaan cerah lebih terang/

Kedua-dua H65C900UX dan H98S900UX dilengkapi dengan Dolby Vision IQ, yang menggunakan meta-data dinamik dan sensor cahaya Dolby Vision dalam TV untuk mengoptimisasi pengimejan secara automatik berdasarkan kandungan yang dipaparkan, dan pencahayaan luar.

Untuk mendapatkannya, Haier menawarkan kedua-dua televisyen ini pada harga:

  • OLED TV H55C900UX – RM7,499
  • OLED TV H65C900UX – RM15,999
  • QLED TV H98S900UX – RM29,999

Terdapat pelbagai lagi penawaran menarik yang disediakan oleh Haier. Oleh itu, sekiranya anda ingin mendapatkan lebih banyak lagi kelengkapan rumah dan perkakas elektronik yang berbaloi untuk rumah anda, jangan ketinggalan untuk berkunjung ke pengedar sah Haier berdekatan anda.

Komen