Carian
Two L Kini Dibuka Di The Starhill – Jenama Fesyen Yang Menawarkan Koleksi Pakaian Sehingga Saiz 4XL
October 31, 2023 Lina Rosli

Two L, sebuah jenama fesyen yang sudah beroperasi selama 23 tahun kini telah melancarkan butik mewah yang ke-7 di The Starhill.

Bagi yang tidak mengetahui, jenama Two L ini merupakan jenama pakaian wanita yang komprehensif, mentakrifkan semula landasan dengan saiz antarabangsa bermula S hingga 4XL.

Sesuai untuk pelbagai acara, Two L menampilkan koleksi pakaian yang menggabungkan trend dinamik korporat, kasual, keperluan dan terkini sekaligus menjanjikan pengalaman gaya yang merangkumi semua.

Menurut Two L, jenama ini komited dalam mengetengahkan tiga elemen utama iaitu:

  • komitmennya untuk berada di barisan hadapan dalam fesyen dan reka bentuk
  • dedikasinya terhadap perkhidmatan pelanggan yang luar biasa
  • keupayaannya untuk mengenal pasti jurang pasaran

Selain menampilkan pilihan saiz yang pelbagai, keistimewaan Two L juga adalah penawarkan fabrik dan corak yang indah yang mana ini sekaligus memenuhi keperluan yang pelbagai.

Untuk pengetahuan anda juga, Two L sebelum ini pernah memegang pensijilan bagi kategori ‘Malaysia Book of Record – Biggest Woman Pants Replica’.

Komen