Sering kita lihat kucing sebagai haiwan yang sentiasa tenang, tidak mempunyai sebarang masalah dan sentiasa dikelilingi oleh orang-orang yang menyayangi mereka.
Namun, tahukah anda hakikatnya, ramai orang tersilap anggap akan emosi mereka.
Untuk pengetahuan anda, sebenarnya kucing juga mempunyai perasaan sama seperti hidupan yang lain termasuk manusia. Mereka juga pernah mengalami jatuh dan bangun dalam kehidupan – ini merujuk kepada emosi seperti ketakutan, kesedihan, keterujaan dan kasih sayang.
Namun, disebabkan mereka tidak boleh menyatakan perasaan mereka secara jelas kepada tuan mereka, maka rata-rata kucing sering mengalami isu atau masalah dengan pengurusan tekanan mereka.

Apakah Faktor Yang Menyebabkan Kucing Tertekan?
Secara umumnya, kucing boleh menjadi sedih atau tertekan diakibatkan oleh pelbagai sebab. Beberapa punca biasa ketidakpuasan hati kucing termasuk penyakit, kebosanan, kesedihan melibatkan ahli keluarga, berasa kehilangan ataupun kecederaan.
Selalunya, pemilik kucing tidak perasan jika kucing mereka berasa sedih dan sering mebgabaikan keperluan kucing pada ketika itu.
Hakikatnya, adalah penting untuk setiap pemilik kucing ini mengawasi kucing mereka jika ia menjadi pendiam atau pendiam yang luar biasa.
Berikut adalah beberapa faktor yang mendorong kepada kucing berasa tertekan:
- Kucing mengalami sakit atau tidak keselesaan. Terutamanya sewaktu mereka sakit atau tidak sihat, kucing akan menjadi lebih sensitif kepada persekitaran mereka. Malah, mereka juga akan menjadi lebih pendiam dan kurang berminat dengan aktiviti biasa. Dari sudut selera makan pula, kucing mungkin berasa loya dan enggan makan. Keadaan penyakit yang boleh menjejaskan hormon kucing termasuklah; FIV, FeLV, penyakit saluran pernafasan atas, diabetes, hipotiroidisme, penyakit pergigian dan lain-lain adalah semua masalah kesihatan yang serius. Jika anda mengesyaki kucing anda tertekan kerana ia sakit, maka anda harus menjadualkan lawatan dengan doktor haiwan anda secepat mungkin.
- Kucing mungkin berasa sunyi atau berasa kehilangan. Kehilangan ahli keluarga sentiasa sukar untuk semua orang yang terlibat, dan kucing anda tidak terkecuali. Apabila ada ahli keluarga (manusia atau haiwan) meninggal dunia atau berpindah, kucing anda mungkin bersedih dan cenderung untuk berasa tekanan. Namun, keadaan ini biasanya hanya bersifat sementara yang mana lama-kelamaan, kucing anda mungkin akan kembali kepada perangai normalnya.
- Kucing berasa bosan dengan rutin mereka. Tahukah anda, adalah penting untuk anda memastikan kucing anda mempunyai pelbagai aktiviti untuk merangsang mindanya dan memberikan senaman. Kehadiran pelbagai jenis mainan, perabot kucing dan peluang memanjat boleh membantu mengelakkan kemurungan, kebosanan atau kesedihan kucing.

Tanda-Tanda Kucing Anda Mengalami Tekanan Dan Kemurungan
Untuk mengetahui sama ada kucing anda mengalami tekanan dan kemurungan, di bawah adalah beberapa tabiat dan perilaku mereka yang boleh anda selidiki:
Perubahan Pada Suara
Jika anda mendapati cara kucing anda mengeong berbeza daripada biasa, ia mungkin boleh menjadi pertunjuk di mana kucing anda mempunyai perasaan yang tidak tenteram pada ketika itu. Biasanya nada mereka ‘meow’ akan lebih rendah dan nyaring.
Bahasa Badan Yang Kekok
Kadangkala bahasa badan kucing anda boleh memberi petunjuk kepada anda tentang ketidakbahagiaan mereka. Perkara ini boleh dilihat melalui kedudukan mata, telinga, bulu dan badan mereka.
Sebagai contoh, apabila mereka marah dan berasa bahaya, bulu mereka akan berdiri tegak. Badan mereka juga akan menjadi agak tense.
Mudah Berasa Takut
Kucing yang sedih juga cenderung menjadi lebih reaktif dan sensitif dengan tindakan yang mereka tidak gemari. Jika anda melihat perubahan tingkah laku yang mengakibatkan kucing anda takut atau agresif secara luar biasa, ini menunjukkan yang mereka mungkin sedih.
Tidur Berlebihan
Tidak dinafikan bahawa kucing menghabiskan separuh hari mereka dengan tidur. Namun, sewaktu mereka berasa sedih dan tertekan, masa yang diambil akan bertambah lebih lama. Ini kerana mereka tidak berminat untuk melakukan aktiviti lain dan berasa tidak bertenaga untuk berinteraksi dengan tuan atau pemilik mereka.
Baca juga: Tahukah Kucing Menghabiskan Lebih Separuh Dari Hari Mereka Dengan Tidur?

Tidak Makan Atau Berubah Selera Makan
Jika anda mendapati kucing anda tidak mempunyai selera makan atau anda telah melihat perubahan mendadak pada selera makan mereka, ini berkemungkinan besar mereka mengalami tidak ketidakselesaan pada perut atau gigi mereka. Kucing yang sedih mungkin menolak makanan yang mereka gemari sebelum ini dan mungkin kehilangan minat terhadap makanan kegemaran mereka.
Perubahan Tabiat Kebersihan Diri
Kucing yang sedih mungkin menggunakan bau mereka sendiri untuk berasa lebih baik dengan membuang air kecil di tempat yang tidak sesuai. Terdapat banyak sebab untuk membuang air kecil di luar kotak najis tetapi tekanan, kemurungan dan kesedihan adalah tinggi dalam senarai ini.
Kucing anda mungkin membuang air kecil di kawasan bukan kebiasaan seperti di bilik tidur anda, atau di kawasan lain seperti di celah sofa, dinding dan sebagainya.
Menggaru Berlebihan
Jika kucing anda sedih atau tertekan, mereka juga mungkin mula menggaru perabot atau objek lain lebih daripada biasa untuk menghilangkan tekanan dan menandakan wilayahnya.