Carian
Pak Mat Western Buka Kedai Kopi Di Pulau Pinang – Mat Coffee Menawarkan Kopi Pada Harga Serendah RM5
November 1, 2023 Lina Rosli

Jika sebut sahaja nama ‘Pak Mat Western’ mesti anda akan teringat iklan kambing perap yang lazat dan sedap di kebanyakan akaun selebriti di media sosial.

Kini nampaknya, jenama ini telah memperluaskan penawaran mereka menerusi pengenalan kedai kopi minimalis menerusi jenama Mat Coffee.

Kedai kopi Mat Coffee ini dibuka di Bukit Minyak, Pulau Pinang. Ia merupakan cawangan pertama bagi jenama ini dan dijangka akan diperluaskan ke lebih banyak lagi negeri di seluruh Malaysia.

Apa yang menarik mengenai Mat Coffee ini, mereka menawarkan hidangan kopi premium pada harga mampu milik – serendah RM5 untuk secawan kopi Hazelnut Latte.

Menurut perkongsian akaun Facebook Mat Coffee juga, pada hari pertama kedai kopi ini dibuka, mereka telah berjaya menjual sebanyak 1987 cawan kopi.

Komen