Carian
Rakyat Malaysia Lebih Memilih Negara ASEAN Seperti Singapura, Thailand Dan Filipina Untuk Melancong Ketika Pasca Pandemik
November 2, 2023 Lina Rosli

Dalam sebuah laporan yang dikongsikan oleh syarikat insurans pelancongan global, Europ Assistance (“EA”) – dijalankan dengan kerjasama firma penyelidikan pasaran ketiga terbesar dunia, Ipsos, ia memperlihatkan beberapa trend berkaitan pelancongan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Edisi ke-22 Holiday Barometer telah diterbitkan dengan dapatan kaji selidik terhadap lebih 15,000 individu di 15 negara, termasuk Malaysia. 1,000 responden di Malaysia telah menjawab soalan berkaitan trend pelancong negara itu.

Dalam edisi 2023 itu, 80% responden Malaysia melaporkan keterujaan dan kegembiraan untuk melancong pada 2023. Bahkan, lebih 72% responden Malaysia merancang untuk melancong tahun ini.

Secara umumnya, aktiviti pelancongan sememangnya sudah menjadi satu perkara yang biasa dalam kalangan rakyat Malaysia. Tidak kira sama ada melancong di dalam atau luar negara, rata-rata mereka akan memilih untuk bercuti sekurangnya sekali dalam tempoh setahun.

Dalam kajian yang sama juga, ia menunjukkan di mana 69% responden Malaysia berkata mereka mahu melancong ke luar negara pada 2023, manakala 41% memilih untuk melancong dalam negara.

Dan pada tempoh pasca pandemik ini, rakyat Malaysia lebih gemar memilih pasaran ASEAN seperti Singapura, Thailand dan Filipina. 

Berikut adalah beberapa hasil dapatan lain yang boleh anda ketahui:

  • Individu yang merancang untuk bercuti akan membelanjakan purata RM6,500 untuk keseluruhan percutian (all-inclusive) dengan purata 10 hari tempoh bercuti. Perbelanjaan dan tempoh masa itu adalah lebih rendah berbanding rantau lain, ekoran inflasi dan kos sebagai faktor utama.
  • 80% responden yang menyatakan Covid-19 sebagai salah satu faktor penghalang mereka bercuti dan turut memberi kesan kepada keputusan pemilihan lokasi percutian mereka.
  • Rakyat Malaysia juga menunjukkan sikap optimisme pada tahap tertentu ketika melanggan insurans pelancongan. Menurut Holiday Barometer, rakyat Malaysia mengutamakan faktor-faktor berkaitan keselamatan persekitaran dan kesihatan semasa melancong, serta isu-isu seperti rompakan, kuarantin di luar negara, dan keselamatan kewangan.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Europ Assistance atau LinkedIn (Europ Assistance South East Asia).

Komen