Ulasan Makan Di Restoran Michelin – Dewakan Menyajikan 12 Hidangan Eksotik Yang Sukar Untuk Dilupakan
Lina Rosli
Acapkali orang bercerita tentang pengalaman makan di restoran mewah, mereka kerap akan mengatakan bahawa restoran ini akan menawarkan hidangan dengan saiz yang kecil ataupun padanan hidangan dan harga yang tidak bersesuaian selain juga tidak menepati selera Asia yang penuh dengan keunikan rasa dan sebagainya.
Namun, hakikatnya tidak semua restoran mewah menawarkan hidangan yang sedemikian. Mengapa saya berkata begitu? Ini kerana, di Dewakan, sebuah restoran bertaraf Michelin dengan permandangan yang indah, mereka menawarkan hidangan yang cukup unik dan cukup menarik untuk dinikmati.


Serba sedikit mengenai Dewakan, restoran ini merupakan sebuah restoran mewah yang menjamu pelanggan mereka dengan 12 hidangan yang disediakan secara teliti oleh pasukan chef mereka.
Menggabungkan dua perkataan untuk penghasilan nama restoran mereka ‘Dewakan’ – Dewa (Tuhan) dan Kan (Makanan), sewaktu pertama kali saya menjejakkan kaki ke restoran ini, ia sememangnya memberikan impresi yang baik dan memukau.
Saya dibawa meninjau ke dapur mereka untuk melihat proses penyediaan setiap hidangan yang akan disajikan kepada para pelanggan Dewakan.
Apa yang menarik adalah di Dewakan, susun atur meja dan juga tempat penyimpanan bahan-bahan masakan diatur mengikut proses penyediaan hidangan – supaya tidak menjejaskan kualiti makanan disebabkan oleh faktor-faktor persekitaran.

Dan bagi mengekalkan suhu hangat ataupun sejuk untuk setiap makanan, Dewakan tidak menggunakan lampu pemanas yang diletakkan di atas makanan – akan tetapi mereka hadir dengan plate suhu yang besar di setiap kaunter penyediaan makanan bagi mengawal suhu persekitaran pinggan agar tidak mengeringkan hidangan.
Selain mengetahui proses penyediaan makanan di Dewakan, saya juga berpeluang untuk mengenali bahan-bahan tempatan seperti rempah ratus yang sukar untuk ditemui yang digunakan di dalam setiap hidangan. Dan bahan yang paling saya ingat ketika kitchen tour di Dewakan tempoh hari adalah buah kulim yang mereka gunakan sebagai truffle bawang putih.

Dewakan – Pengalaman Menikmati 12 Hidangan Eksotik Yang Sukar Untuk Dilupakan
Apabila sudah selesai menerokai dapur dan bahan yang digunakan oleh Dewakan, kini sudah tiba masanya untuk mengetahui, apakah hidangan yang disajikan kepada para pelanggan di restoran ini.
Di dalam menu yang dikongsikan oleh Dewakan, terdapat 12 senarai hidangan yang akan ditawarkan kepada para pelanggan. Bermula dari pembuka selera, hidangan utama sehingga ke manisan dan pencuci mulut.
Mari kita tengok satu persatu hidangan yang disajikan bermula dari hidangan pembuka selera – dinamakan sebagai A Warm Cup of Broth. Ia merupakan satu hidangan yang cukup memukau sebagai permulaan sesi menjamu selera.
Hidangan ini menampilkan gulungan nipis yang menampilkan rasa ikan dan wangi bunga dan kemudiaanya dilengkapkan dengan sup berempah yang panas dan terasa sedikit pedas. Cukup sempurna!

Kemudiannya, Dewakan menyajikan pula hidangan yang dinamakan Belinjau & Caviar. Hidangan yang cukup ringkas tetapi sangat kompleks.
Pasukan Dewakan menyarankan kami untuk menikmati hidangan ini dengan sekali suap sahaja. Ini bagi merasakan keragupan kerepek belinjau yang dipadankan dengan sos unik dan juga caviar.

Hidangan ketiga sewaktu sesi makan malam ini pula adalah – Tatus Hitam Crayfish dan Bamboo Shoot. Setelah menikmati hidangan yang ringan, kami disajikan pula dengan hidangan yang lebih berat yang mana ia menampilkan roti yang diperbuat daripada tepung buluh dan kemudiannya dilengkapkan bersama udang karang yang telah disiap belah dan juga beberapa jenis ulam-ulaman unik.

Selepas selesai menikmati hidangan ketiga, Dewakan meneruskan sesi ini dengan menyediakan hidangan yang cukup menarik iaitu Venison.
Apa yang boleh saya katakan, sebagai penggemar hidangan daging merah, penampilan Venison di atas meja saya sudah tentu membuatkan saya teruju. Ia adalah hidangan daging rusa yang segar yang diperap sekali dengan bawang putih dan dilengkapkan dengan daun ulam.

Baru memasuki ke hidangan yang kelima, saya disajikan dengan hidangan yang lebih bersifat tempatan iaitu Smoked Patin.
Tidak seperti masakan ikan patin biasa, hidangan ini menampilkan gabungan yang lebih kontemporari. Ikan patin itu dikukus dan dihidangkan bersama kuah sos putih yang pekat dan juga kuah sos hitam yang sedikit manis. Untuk setiap gigitan, anda perlu menikmatinya bersama buah putih yang melengkapkan rasa.

Untuk hidangan yang keenam pula, menjadi antara satu daripada 12 hidangan yang paling unik pernah dinikmati iaitu, Eggs dan Kelulut Honey.
Apa yang menarik pada hidangan ini adalah di dalam satu pinggan hidangan, anda boleh menikmati semua rasa yang berbeza tetapi sebati. Di dalamnya terdapat kuning telur yang hangat. Dan kemudiannya perlu digaulkan bersama madu kelulut, durian, beras merah yang disangat dan juga daun wasabi tempatan.
Sejurus anda selesai menggaulnya sebati, anda akan merasakan rasa yang wangi, pedas, masam dan berlemak di dalam satu suapan.

Sudah menghampiri barisan hidangan terakhir, Dewakan menyajikan Eggplants dan Keladi Telur Yam sebagai hidangan yang ketujuh.
Hidangan ini dimakan sekali bersama pes kacang merah pedas – digoreng dengan cili sehingga keluar minyak. Sangat sesuai untuk dijamu selepas menikmati hidangan berat.

Apabila saya melihat sahaja nama menu yang kelapan ini, perasaan pada ketika itu boleh dikatakan agak risau bercampur teruja. Mana tidaknya, sebelum ini saya pernah memakan burung puyuh tetapi tidak pernah mencuba burung merpati.
Secara umumnya, pengalaman menikmati hidangan Pigeon ini sungguh menarik dan saya boleh katakan rasa dagingnya sangat lembut dan halus. Apabila dipadankan dnegan nasi dan beberapa bahan lain, ia menghasilkan rasa yang enak dan variasi bergantung kepada pemilihan hidangan pelengkap.

Di bawah ini pula adalah 4 hidangan pemanis mulut yang menarik yang turut menjadi star of the day sewaktu menjamu di Dewakan. Ia adalah:



Pengalaman menikmakti hidangan mewah (fine dining) dengan pemandangan KLCC ini tidak berhenti di situ, di setiap sajian hidangan yang disediakan, ia turut dipadankan dengan beberapa jenis air minuman yang disuaikan mengikut jenis makanan.
Sekiranya anda menempah bilik makan privasi di Dewakan, setiap kali makanan dihantar, pasukan mereka akan memperkenalkan setiap hidangan di dalam menu satu persatu – menceritakan juga tentang asal bahan yang mereka peroleh, cara menikmati hidangan dan sebagainya.
Menurut Dewakan juga, menu di restoran mereka hanya akan ditukar sekali setahun, iaitu sekitar bulan Ogos setiap tahun.

Untuk pengetahuan anda juga, baru-baru ini Maxis melancarkan program ganjaran Exclusive Experience yang menawarkan kepada and peluang menikmati hidangan di Dewakan ini sekiranya anda membeli iPhone 15 dari pelan pascabayar yang mereka tawarkan.
Anda boleh mendaftar menjadi pengguna pelan pascabayar Maxis 139 / 169 / 199 ataupun pelan Maxis Zerolution dan berpeluang menjadi di antara 40 pemenang bertuah. Program ini berjalan selama 5 minggu bermula dari 30 Oktober sehingga 30 November ini.
Dan setiap minggu, akan ada 8 pemenang yang bakal dipilih. Selain menikmati hidangan di Dewakan, pemenang juga akan ditawarkan hotel penginapan 2 hari 1 malam di Hotel Stripes Kuala Lumpur.