Carian
Seoul Garden Kini Memperkenalkan Rangkaian K-BBQ – Dinamakan Sebagai Seoul Garden Korbi Grill
November 6, 2023 Lina Rosli

Khusus buat peminat K-BBQ, anda kini boleh menerokai pengalaman menikmati daging panggang yang lazat dan berbaloi menerusi penawaran hidangan di Seoul Garden Korbi Grill.

Untuk yang tidak mengetahui, Seoul Garden Korbi Grill adalah restoran baharu di bawah jenama Seoul Garden yang memfokuskan kepada sajian panggang yang digemari oleh kebanyakan rakyat Malaysia.

Memilih MyTown KL (aras L1-08) sebagai lokasi pertama restoran Korbi Grill ini dibuka, pelbagai diskaun dan promosi menarik yang boleh direbut oleh para pengunjung. Ini termasuk set hidangan untuk pelajar serendah harga RM19, set hidangan Personal Chicken RM19, set hidangan Personal Beef RM26 dan banyak lagi.

Menarik bukan? Oleh itu, pastikan anda tidak ketinggalan untuk mencuba penawaran terbaharu dari Seoul Garden bermula hari ini!

Komen