Carian
Lazada Kembali Dengan Jualan Tahunan Terbesar 11.11- Bermula Dari 11-13 November 2023
November 7, 2023 Lina Rosli

Lazada kini kembali dalam menawarkan keceriaan berganda sempena Jualan Tahunan Terbesar 11.11 dengan menyediakan lebih satu bilion LazCoins untuk pengguna platform sempena acara membeli-belah tahunan ikonik ini.

Bermula dari 11 hingga 13 November 2023, para pengguna boleh membeli-belah sepanjang hujung minggu dengan tawaran dan diskaun yang hebat.

Antara tawaran promosi dan diskaun menarik yang boleh anda nikmati sepanjang acara jualan tahunan terbesar 11.11 Lazada termasuklah:

  • 1 Bilion LazCoins – Anda boleh mengumpul dan menebus sebanyak mungkin LazCoins untuk diskaun dan harga terendah bagi puluhan juta produk di platform Lazada. Cara untuk mendapatkan bonus LazCoins dengan hanya mendaftar masuk ke saluran LazCoins di aplikasi Lazada setiap hari dari 1 hingga 13 November atau melengkapkan ulasan bagi produk yang dibeli serta bermain permainan di platform seperti Merge Boss atau GoGo Match. Pelanggan yang mendaftar masuk setiap hari selama 13 hari berturut-turut akan menerima 1,640 LazCoins (bernilai RM16.40) secara percuma yang boleh ditebus untuk menikmati diskaun tambahan bagi produk terpilih.
  • Teka dan menang – Bermula 1 November hingga 10 November, Lazada menganjurkan peraduan media sosial yang berlangsung selama 10 hari yang mana pengikut akaun Lazada di Instagram untuk meneka harga jualan produk terpilih. Sebelas orang pertama yang meneka harga dengan tepat berpeluang memenangi produk terpilih harian yang merangkumi pelbagai kategori termasuk kesihatan, kecantikan, kelengkapan rumah, fesyen, elektronik dan banyak lagi. Dan seorang pemenang bertuah yang meneka dengan tepat harga kesemua produk yang dipaparkan sepanjang 10 hari akan berpeluang memenangi Hadiah Utama iaitu baucar membeli-belah bernilai RM11,000.
  • Chup Dulu – Sebelum tibanya 11.11, para pelanggan boleh mula menambah produk kegemaran mereka ke dalam troli seawal 1 November atau terus Chup Dulu dengan meletakkan deposit untuk mendapatkan tawaran terbaik.
  • Today Only Deals – Pengguna boleh menikmati harga terendah sebelum jualan bermula untuk pelbagai aneka produk seperti barangan runcit, perkakas rumah, produk ibu & bayi, serta banyak lagi daripada jenama seperti Anakku, Enfagrow, Kellogg’s, Julie’s, dan Tong Garden.
  • Super Voucher Hunt – Pelanggan yang berjaya meneka kod tersebut berpeluang memenangi baucar eksklusif melalui aplikasi Lazada. Baucar tersembunyi ini boleh dimenangi dengan memasukkan kata kunci yang lengkap ke dalam bar carian dalam aplikasi dan kemudian boleh ditebus secara eksklusif pada 11 November.

Nikmati Promosi Dari Pelbagai Jenama Terkemuka Di Lazada

Tibanya 11 November, para pengguna boleh membuat bayaran dengan menggunakan Lazada Bonus bagi memaksimumkan penjimatan – diskaun sebanyak RM9 untuk setiap pembelian berjumlah RM90.

Lazada Bonus boleh mula dikumpul dari 1 November hingga tanggal akhir jualan dan untuk pelbagai jenis produk di seluruh platform.

Jualan Tahunan Terbesar 11.11 Lazada juga memperkenalkan Ha11 of Fame (Hall of Fame) yang menampilkan 11 tawaran eksklusif daripada jenama seperti DJI, LEGO, L’Occitane, MAC, Nike, Ogawa, Shiseido, Skechers, dan Xiaomi akan menawarkan diskaun sehingga 80% untuk produk mainan, kosmetik dan penjagaan diri, kasut, dan pakaian.

Sewaktu promosi Mesti Beli Deals pula, anda boleh mendapatkan tawaran terhebat dan harga durian runtuh paling eksklusif di LazMall dan Marketplace. Para pelanggan boleh jimat besar apabila membeli produk seperti Sony PlayStation 5, Dyson Airwrap, LEGO Icons Jazz Club Building, OGAWA RetreaX Massage Chair, GINTELL S3 Superchair, Roborock Q Revo Robot Vacuum, 70mai A500S Dashcam, dan banyak lagi dengan diskaun sehingga 80%.

Jangan ketinggalan juga menikmati Crazy Brand Mega Offers yang akan berlangsung setiap hari dari 11 hingga 13 November, 12 pagi hingga 2 pagi. Dalam tempoh ini, para pelanggan boleh mendapatkan diskaun sehingga 90% khas di LazMall bagi jenama seperti Aesop, Bose, Lacoste, La Mer, GETHA, Ray-Ban, Pandora, Samsung, Sonos, Jo Malone, dan lain-lain.

Untuk maklumat lanjut mengenai Jualan Tahunan Terbesar 11.11 Lazada, anda boleh layari aplikasi Lazada bermula hari ini.

Komen