Carian
Ketahui Kesan Buruk Kayu Manis Jika Diambil Secara Berlebihan
November 7, 2023 Lina Rosli

Secara umumnya, kayu manis ialah rempah popular yang diperbuat daripada kulit pokok kayu manis (Cinnamomum). Bahan ini sering digunakan dalam hidangan di seluruh dunia sebagai penambah rasa dan sumber semula jadi antioksidan.

Untuk pengetahuan anda, kayu manis kaya dengan antioksidan dan sebatian tumbuhan yang bermanfaat, dan boleh digunakan sebagai ramuan penjagaan kulit.

Kebiasaannya, pengeluar akan menggunakan minyak pati kayu manis yang mana ia akan ditambah kepada produk kosmetik seperti minyak wangi, krim dan balsam bibir. Menurut petua orang terdahulu, kayu manis ini dijadikan sebagai remedi penjagaan kulit buatan sendiri dalam usaha untuk mencerahkan kulit, memperbaiki jerawat dan mengurangkan tanda-tanda penuaan.

Apakah Yang Terkandung Di Dalam Kayu Manis?

Kayu manis kaya dengan sebatian tumbuhan yang dikenali sebagai polifenol, seperti asid cinnamic, cinnamaldehyde, dan pelbagai flavonoid. Ini mempunyai ciri anti-radang dan antioksidan yang membantu melawan radikal bebas yang merosakkan sel.

Jenis kayu manis yang biasa ditemui di rak kedai runcit dan dalam produk makanan dikenali sebagai kayu manis cassia, berasal daripada pokok cassia Cinnamomum. Jenis ini mengandungi polifenol yang lebih sedikit (iaitu Ceylon) jika dibandingkan dengan kayu manis jenis Cinnamomum verum. Akan tetapi pokok verum ini adalah lebih sukar diperoleh dan kadangkala turut dijual pada harga yang mahal.

Kelebihan Kayu Manis Dari Sudut Kesihatan

Seperti yang disebut di bahagian bahan yang terkandung di dalam kayu manis, ia sememanya memberi kesan yang positif kepada kawalan penuaan. Ini kerana, kayu manis hadir dengan kelebihan antioksidan yang tinggi yang mana jika dikonsum, ia sedikit sebenyak bertindak sebagai agen pertahanan untuk melawan radikal bebas.

Untuk pengetahuan anda, radikal bebas ini boleh merosakkan sel-sel kulit dan mempercepatkan tanda-tanda penuaan seperti kedutan dan penurunan keanjalan kulit.

Selain dari pada itu, ceylon di dalam kayu manis juga berfungsi sebagai agen anti-radang yang mana ia membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dan menurunkan gula dalam darah. Jadinya, kayu manis ini tidak hanya untuk kecantikan sahaja tetapi juga berupaya memberikan manfaat kesihatan kepada golongan yang berusia.

Namun, harus diingatkan, setakat ini, masih tiada lagi bukti saintifik mengesahkan bahawa pengambilan kayu manis memberi manfaat yang jelas pada luaran kulit anda, dan lebih banyak kajian diperlukan untuk menyokong kepada perkara ini.

Apa Yang Terjadi Sekiranya Anda Mengambil Dan Mengonsumsi Kayu Manis Secara Berlebihan?

Semestinya, setiap perkara perlu diambil secara sederhana. Ini termasuk pengambilan sesuatu bahan makanan ataupun produk luaran.

Tidak dinafikan bahawa kebiasaannya, apabila anda mengetahui akan kebaikan sesuatu produk, ia secara tidak langsung akan membuatkan individu mendapatkannya lebih daripada apa yang diperlukan oleh tubuh.

Untuk pengetahuan anda, kayu manis jika diambil secara berlebihan boleh mendatangkan beberapa risiko seperti:

  • Kandungan gula menjadi terlalu rendah. Mengambil terlalu banyak kayu manis boleh menurunkan paras gula dalam badan anda. Disebabkan ini anda mungkin berasa pening, mengalami keletihan, dan mengalami kebimbangan jika diambil berlebihan.
  • Kerosakan hati. Untuk kes yang lebih teruk, kayu manis mengandungi bahan yang dikenali sebagai coumarin yang boleh menyebabkan ketoksikan dan kerosakan hati. Secara kasar, kayu manis mempunyai kira-kira 17mg jika diambil terlalu banyak yang mana had pengambilan harian coumarin yang boleh diterima adalah kira-kira 0.05 mg sahaja.
  • Alahan. Bagi sesetengah individu, anda berisiko mengalami reaksi alahan yang berbeza. Sebagai contoh, gatal-gatal, sakit perut, semput dan kesukaran bernafas. Selain itu, reaksi biasa ketika menggunakan kayu manis secara topikal termasuk ruam kulit, kemerahan, perubahan warna, kerengsaan dan rasa terbakar. Jika anda mengalami mana-mana simptom ini, hentikan penggunaan dan bercakap dengan profesional penjagaan kesihatan

Oleh itu, jika anda ingin mencuba menggunakan produk penjagaan kulit komersial dengan kayu manis, adalah penting untuk melakukan ujian tampalan kecil terlebih dahulu. Hanya letakkan sedikit produk pada lengan bawah anda dan tunggu 24 jam untuk melihat sama ada kulit anda mempunyai tindak balas negatif.

Komen