Carian
UNIQLO Coffee Dibuka Di UNIQLO Fahrenheit88 Dan Dijual Pada Harga Serendah RM7.90
November 8, 2023 Lina Rosli

Penawaran yang ditunggu-tunggi ramai, rangkaian UNIQLO Coffee pertama telahpun dibuka di UNIQLO Fahrenheit88 Kuala Lumpur.

Terletak di aras tanah (aras G) UNIQLO Fahrenheit88, anda boleh memesan minuman kopi kegemaran anda sambil membeli-belah pakaian keperluan anda terus di dalam butik.

Berdasarkan senarai menu yang diperlihatkan pada kiosk UNIQLO Coffee ini, anda boleh mendapatkan secawan kopi pada harga bermula RM7.90 sahaja. Antara barisan minuman yang ditawarkan termasuklah:

  • Americano – RM7.90
  • Latte – RM9.90
  • Matcha Latte – RM14.90
  • Chocolate RM14.90

Selain itu, anda turut boleh mendapatkan barisan biskut dan snek yang anda gemari seperti Oreo Marshmello, Red Velvet with Macadamia, Varholna Double Chocolate dan banyak lagi.

Bagi anda yang berkunjung ke UNIQLO Coffee ini, anda boleh menikmati hidangan kopi bersama snek di ruangan meja UNIQLO di aras 1 – sekitar bahagian pakaian wanita.

Di sana, anda boleh melihat permandangan Bukit Bintang yang terletak betul-betul di hadapan Pavilion Kuala Lumpur. Menarik bukan?

Jadi tunggu apa lagi? Jangan lupa singgah ke UNIQLO Fahrenheit88 bermula hari ini dan cuba hidangan kopi kegemaran anda sambil membeli-belah segala keperluan pakaian harian anda.

Komen