Carian
Rebut Promosi Sempena 11.11 Di ZUS Coffee, Tealive, Secret Recipe Dan Banyak Lagi
November 9, 2023 Lina Rosli

Selain Lazada, Shopee, Zalora dan platform edagang yang lain, kedai makan dan restoran kegemaran anda juga hadir dengan beberapa tawaran hebat.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk menikmati diskaun dan promosi menarik bersempena acara 11.11 yang telahpun berlangsung sejak 8 November 2023.

ZUS Coffee – Diskaun 11% Untuk Mana-Mana Minuman Handcrafted

Cara untuk menebus diskaun di ZUS Coffee sepanjang 8 hingga 10 November ini, anda hanya perlu masukkan kod promo 11PREPARTY – menerusi pembelian menggunakan aplikasi ZUS di App Store dan Play Store. Tawaran ini sah untuk sekali penebusan sahaja.

Tealive – Promosi Beli 2 Minuman Pada Harga RM11

Bermula dari 10 hingga 12 November, nikmati 2 minuman Tealive pada harga RM11 apabila anda memasukkan kod promo pada aplikasi Tealive anda.

Kod promo akan didedahkan pada 10 November (Jumaat), di akaun media sosial Tealive di Facebook dan Instagram.

Inside Scoop – Promosi Sempena 10 Tahun Menawarkan Aiskrim Pada Harga 10 Sen

Tidak berlaku pada hari bujang 11.11, Inside Scoop menawarkan promosi bersempena 10 tahun mereka beroperasi di Malaysia.

Pada 17 November 2023, anda boleh mendapatkan aiskrim pada harga 10 sen pada jam 8 malam di 3 lokasi cawangan Inside Scoop dengan undian paling tinggi.

Secret Recipe – Diskaun 11% Untuk Pembelian Kek, Promosi Beli 2 Makanan Pada Harga RM30

Di Secret Recipe juga, anda boleh mendapatkan pelbagai tawaran menarik khusus pada tarikh 11.11 seperti diskaun sebanyak 11% untuk pembelian kek dan juga promosi pesanan 2 pilihan makanan terpilih pada harga RM30.

Nasken Coffee – Tawaran Berbeza Pada 3 Hari – 10,11 dan 12 November 2023

Sempena 11.11 ni, Nasken Coffee menampilkan 3 jenis promosi berbeza iaitu:

  • Pada 10.11 anda boleh menikmati potongan 25% untuk pembelian kedua untuk semua jenis minuman dan makanan sepanjang hari.
  • Pada 11.11, potongan 50% ditawarkan untuk pembelian kedua, semua jenis minuman dan makanan sepanjang hari.
  • Promo ketiga 12.11, potongan 25% untuk pembelian kedua bagi semua jenis minuman dan makanan sepanjang hari.

Marrybrown – Tawaran 2 Lucky Plates Pada Harga RM22

Nikmati 2 Lucky Plates pada harga RM22 sahaja sewaktu hari bujang 11.11 di Marrybrown terdekat anda. Tandakan kalendar untuk nikmati Ayam Crispy yang menarik bersama rakan makan kegemaran anda. Tawaran ini sah untuk servis makan di kedai, bawa pulang dan pandu lalu.

Black Whale – Promosi Beli 2 Percuma 1 Selama 3 Hari

Nikmati perisa teh susu dengan biji mutiara kegemaran anda di Black Whale pada harga yang berbaloi. Jangan lepaskan promosi ini kerana ia tersedia untuk tiga hari sahaja – bermula 10 hingga 12 November 2023.

Tawaran sah untuk pembelian di kedai fizikal dan tertakluk di 20 lokasi terpilih:

  1. MyTown
  2. Muar
  3. Mount Austin
  4. Sunway Pyramid
  5. Sri Petaling
  6. Karpal Singh
  7. Bayan Lepas
  8. SS15
  9. Setapak
  10. Taman Segar
  11. Gombak
  12. Sungai Long
  13. Kepong
  14. IOI City Mall
  15. Taipan
  16. KSL Esplanade Mall
  17. Eco Botanic
  18. Kampar
  19. Ikon Connaught
  20. Sarawak Kuching

Terdapat lagi diskaun yang ditawarkan oleh kedai makanan dan juga restoran kegemaran anda. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menikmati diskaun dan promosi menarik bersempena acara 11.11 yang akan berlangsung esok.

Komen