Carian
Cara Mengelakkan Kucing Anda Membuang Najis Di Merata-Rata Tempat Di Dalam Rumah
November 9, 2023 Lina Rosli

Untuk kebanyakan pemilik kucing, anda pasti pernah mengalami masalah di mana anda perlu membersihkan kawasan persekitaran rumah terlalu kerap disebabkan tabiat kucing anda yang kerap membuang air di merata-rata tempat – selain di kotak najis.

Dan apabila hal ini berlanjutan, ia akan membuatkan anda berasa burnout disebabkan oleh proses pembersihan najis yang berulang kali perlu dilaksanakan.

Tidak dinafikan, untuk menghentikan tabiat ini adalah sukar lebih-lebih lagi sekiranya kucing anda telah biasa dengan keadaan semasa. Namun, usah risau kerana untuk kebanyakan masa, rutin ini masih boleh dibendung.

Terdapat beberapa langkah yang perlu anda ambil untuk menghentikan tabiat buruk ini dan anda perlu mengikuti perkembangan kucing anda dari masa ke semasa – untuk menghentikan tingkah laku ini.

#1 Pastikan Anda Mencuci Tempat Lama Najis Dengan Bersih

Langkah pertama yang perlu anda praktikkan adalah dengan mula mencuci kawasan yang terlibat – tempat di mana kucing anda membuang najis dengan teliti.

Hal ini kerana, jika anda tidak membersihkannya dengan betul, kucing cenderung untuk kembali membuang di tempat yang sama semula.

Sebagai contoh, jika kucing anda membuang air di kawasan karpet, pastikan anda membasuh kesemua bahagian karpet dengan bersih di dalam mesin basuh. Ataupun, jika kucing anda telah membuang air besar di atas tikar yang sudah sukar untuk dicuci, anda mungkin perlu pertimbangkan untuk membuang barang tersebut. Untuk hasil terbaik, gunakan pembersih enzimatik berkualiti tinggi untuk membersihkan bau najis haiwan peliharaan anda.

#2 Pertimbangkan Untuk Menukar Kotak Najis Lama

Untuk pengetahuan anda, kucing merupakan haiwan yang sensitif kepada benda yang kotor. Mereka tidak suka sekiranya ruang rehat atau persekitaran mereka tidak bersih.

Oleh itu, jika anda masih menggunakan kotak najis yang lama dan sudah tidak boleh dibersihkan lagi, adalah penting untuk anda mempertimbangkan penggunaan kotak najis yang baharu.

Selain itu, kucing juga menggemari kawasan membuang najis yang besar dan selesa. Oleh itu, pastikan anda mendapatkan kotak najis dengan binaan dan rekaan yang kukuh selain mempunyai saiz yang lapang dan konvenien.

Seterusnya, jika anda hanya mempunyai satu kotak najis, sebagai cadangan, anda boleh tambahkan kotak kedua di kawasan lain. Pertimbangkan untuk meletakkan kotak kedua berhampiran tempat kucing anda membuang air besar (secara merata-rata). Jika anda mempunyai beberapa kucing, anda mungkin perlu menambah lebih banyak kotak najis.

Peraturan am yang baik ialah terdapat lebih banyak kotak sampah di dalam rumah berbanding kucing.

Ketahui Sama Ada Kucing Anda Gemarkan Pasir Najis Wangi – Atau Sebaliknya

Jika anda menggunakan pasir najis yang wangi, tukar kepada yang pasir yang tidak berbau (unscented) dengan segera.

Ini kerana, tidak semestinya bau pasir najis wangi yang disukai manusia, turut disukai oleh haiwan – lebih-lebih lagi kucing anda.

Menurut pakar, terdapat bau pasir yang wangi (bau tiruan) tidak digemari kucing kerana mereka menganggap bau tersebut menjijikkan. Harus diingatkan bahawa kucing anda mempunyai hidung yang lebih sensitif daripada anda.

Pertimbangkan juga saiz pasir najis yang tidak mudah bergumpal. Ini bagi memastikan bau dari gumpalan pasir berkenaan tidka mudah tersebar keluar.

Halang Kucing Daripada Menggunakan Kawasan Yang Tidak Sesuai

Jika terdapat beberapa tempat tertentu di mana kucing anda cuba membuang air besar, cuba jadikan kawasan ini tidak semenarik yang mungkin.

Anda juga boleh meletakkan kerajang aluminium atau pita bermuka dua sehingga kucing anda berhenti cuba mendekati kawasan ini.

Kurangkan Tekanan Di Rumah – Rasa Tercabar Dengan Haiwan Lain

Jika ada kucing baru di rumah, pastikan anda betul memperkenalkan dia dengan kucing yang lama. Untuk pengetahuan anda, kucing mudah untuk berasa tercabar sekiranya ada haiwan di sekeliling mereka.

Pastikan kucing anda mempunyai tempat yang selamat untuk berundur apabila diperlukan. Selain itu, pastikan terdapat ruang yang cukup supaya mangkuk makanan dan kotak najis supaya kedua-duanya tidak diletakkan secara bersebelahan.

Hubungi Doktor Haiwan Anda

Jika keadaan tidak bertambah baik dan anda berada pada had anda, jangan berputus asa. Minta doktor haiwan anda untuk mendapatkan rujukan kepada pakar tingkah laku veterinar atau pakar tingkah laku haiwan. Pelaburan yang berbaloi untuk mendapatkan pertimbangan pakar.

Harus diingatakan, perubahan tidak akan berlaku dalam sekelip mata, jadi jangan tertekan. Pastikan anda konsisten dengan amalan yang anda ingin ubah seperti – membersihkan kawasan yang kotor, pastikan kotak najis bersih dan menarik, dan kekalkan persekitaran yang ceria dan menyeronokkan untuk kucing anda.

Komen