Bersempena Singles’ Day atau Hari Bujang tahun 2023, platform pelancongan digital Agoda mengumumkan destinasi paling popular untuk pelancong solo. Bagi Malaysia, Singapura menduduki tempat pertama untuk destinasi paling digemari pelancong solo – diikuti oleh Bangkok dan Hat Yai.

Untuk menentukan destinasi kegemaran pelancong solo, Agoda melihat destinasi paling popular untuk pelancong solo yang mendaftar masuk pada hujung minggu dan merentasi pelbagai jenis tempat penginapan hotel.

Sekitar rantau Asia Pasifik, tiga destinasi yang muncul di kedudukan teratas adalah Tokyo, Jepun di tempat pertama, Bangkok, Thailand di tempat kedua, dan Seoul, Korea Selatan di tempat ketiga. Bagi pelancong solo dari Malaysia pula, destinasi paling popular ialah:

  • Singapura – Dengan adanya kemudahan akses, aspek keselamatan yang terjamin dan juga budaya yang tidak terlalu asing bagi warga Malaysia, ia merupakan titik permulaan yang sempurna untuk percutian solo. Walaupun bersaiz kecil, Singapura menawarkan pelbagai jenis tarikan untuk semua jenis penjelajah solo, merangkumi taman tema, pusat membeli-belah, kafe menarik dan pusat seni.
  • Bangkok – Terkenal sebagai salah satu destinasi paling mudah diakses di dunia untuk pengembara solo, tidak hairanlah Bangkok disenaraikan sebagai salah satu destinasi pilihan teratas. Ibu negara Thailand ini mengalu-alukan pelancong solo pada sebarang bajet. Pada waktu siang, terdapat banyak tempat-tempat menarik untuk diterokai. Antaranya, Istana Besar, pasar hujung minggu Chatuchak yang terkenal, atau lorong-lorong di Chinatown yang sibuk.
  • Hat Yai – Antara destinasi yang mendapat kunjungan warga Malaysia yang berterusan sepanjang tahun disebabkan kedudukannya yang berdekatan dengan Malaysia, kemudahan sambungan kereta api ETS yang mesra bajet dan pelbagai pilihan tawaran makanan halal. Pengunjung juga boleh terokai pasar-pasar yang sibuk seperti Kim Yong dan Santisuk, nikmati makanan laut yang lazat, dan jangan ketinggalan untuk mengunjungi Pasar Terapung Khlong Hae yang meriah.

Untuk meraikan Hari Bujang, Agoda menawarkan promosi 11.11 yang boleh didapati dalam aplikasi Agoda, atau di Agoda.com/deals.