THERMOS Malaysia Melancarkan Koleksi Hello Kitty “A Time of Bliss” Dengan Kerjasama Sanrio
Lina Rosli
THERMOS Malaysia baru-baru ini telah melancarkan koleksi Hello Kitty “A Time of Bliss” dengan kerjasama Sanrio. Ia menampilkan koleksi produk-produk berinsulasi vakum terbaharu dengan cetakan spektrum holografik Hello Kitty dan cetakan 3D pada reben ikoniknya – memberikan kilauan halus untuk efek yang memikat mata pada kemasan matte dan glossy.
Menurut THERMOS, pengenalan dilancarkan bersempena dengan ulan
gtahun ke-50 Hello Kitty di Sanrio untuk 2024. Dengan kehadiran koleksi Hello Kitty ‘A Time of Bliss’ ini, THERMOS Malaysia ingin memberi penekanan akan kepentingan masa peribadi dan menyayangi diri sendiri.

Koleksi edisi terhad dalam warna merah jambu lembut ini terdiri daripada bekas makanan mudah dibuka, flask ringan dan travel mug berinsulasi dengan penutup.
Eksklusif untuk peminat Hello Kitty di Malaysia pula, THERMOS Malaysia memperkenalkan botol bukaan lebar ultra ringan dan kompak dan carafe moden berinsulasi vakum di dalam koleksi ini.
Kesemua produk tersedia dengan segera di kedai atas talian rasmi THERMOS, Kedai THERMOS Experience di The Gardens Mall dan cawangan AEON dan Parkson terpilih bermula dari 15 November.
Untuk maklumat lanjut mengenai koleksi terbaharu THERMOS ini, anda boleh layari laman rasmi THERMOS dan kekal berhubung di Facebook dan Instagram.