Carian
Bukan bersukan dengan baju hijau lengan pendek
November 14, 2023 Amirhadi

Pengalaman bekerjasama dalam penulisan ialah hal peribadi yang wajar dikongsi. Bukan setakat dapat menambah pengetahuan masyarakat tentang perjuangan seorang pemegang mata pena, tetapi ia lebih kepada mengkomersialkan pengalaman. Pengalaman adalah anugerah Tuhan yang wajar dikongsi. Sebagai seorang penulis yang amatur, saya tidak rasa pengalaman saya mahal. Tetapi, saya boleh jamin ini ialah usaha untuk memastikan masyarakat penulis lebih terbuka menulis esei buat rakan mereka (esei yang lebih peribadi).

            Nama sebenarnya Rizky tetapi saya lebih mengenalinya sebagai Izzuki Miyuki – seorang novelis yang digelapkan. Dia ialah penulis yang akan mengarang disebalik bayang. Izzuki bukanlah pengarang yang terkenal tetapi hasil penulisannya wajar dikongsi kepada masyarakat. Metaforanya segar. Hobinya seperti kebanyakan penulis lain, dia suka membaca. Tetapi bahan bacaannya aneh. Dia lebih gemar memilih Manga ketimbang puisi atau novel. Izzuki lebih intim dengan karya luar menjadikannya lebih pantas menemui suara ketimbang saya yang masih terikat dengan suara Jack dalam sajakjakja(c)k.

            Pada awalnya, Izzuki bukanlah penulis. Saya menjadi saksi, Izzuki dahulunya seorang yang tidak pernah membaca karya berat. Dia hanya membaca buku teks (itupun jika guru paksa). Kini, Manga Cinderella Closet menjadi pilihannya. Saya akan kongsikan beberapa petikan penulisan darinya yang saya kira cukup hebat, mengalahjauhkan suara-suara penulis arus perdana :

“Tempat ini adalah tempat di antara realiti dan mimpi, fikiran dan masalah. Tempat ini akan mencerminkan hati kamu. Tapii aku tak sangka yang hati kamu akan  menunjukkan bentuk penjara. Kamu memang banduan yang ditakdirkan.” Kata Igor

                                                            ***

Gaya penulisannya cukup mencabar tetapi hebat. saya harap Izzuki akan terus menulis.

Komen