Carian
IRVINS Memperkenalkan Snek Untuk Dinikmati Bersama Keluarga – Kulit Ikan Telur Masin, Kerepek Kentang Dan Kulit Salmon
November 15, 2023 Lina Rosli

Sekiranya anda sedang mencari snek yang enak dan lazat untuk dinikmati sepanjang waktu, IRVINS, sebuah jenama snek terkenal dari Singapura telah memperkenalkan variasi pilihan snek seperti Kulit Ikan Telur Masin, Kerepek Kentang, dan Kulit Salmon.

Snek IRVINS ini telah memiliki sijil halal dan boleh didapati dalam bungkusan 80g serta 210g. Bermula dari bawah sebagai gerai kecil di Singapura, IRVINS telah berkembang pesat menjadi jenama global yang boleh didapati dalam lebih daripada 10 pasaran dan Malaysia adalah antara salah satu daripadanya hari ini.

Untuk pengetahuan anda, setiap produk IRVINS akan melalui proses memasak menggunakan tangan dengan nisbah yang sempurna menggunakan bahan-bahan premium.

Bagi anda yang ingin mendapatkannya, anda boleh membeli bungkusan 80g Kulit Ikan Telur Masin, Kerepek Kentang, dan Kulit Salmon IRVINS bermula dari RM23.50 di beberapa kedai serbaneka terpilih seperti MiX, C U Mart manakala bungkusan 210g bermula dari RM56.00 di pasaran dalam talian Shopee dan Lazada.

Komen