Carian
Ketahui Kebaikan Brokoli Di Dalam Diet – Bagaimana Cara Memilih Brokoli Di Pasaraya?
November 15, 2023 • Lina Rosli

Untuk pengetahuan anda, brokoli merupakan sayuran hijau yang mempunyai bentuk seperti bunga hijau yang tumbuh rapat, dan tergolong dalam keluarga kubis (Brassicaceae).

Brokoli ini berasal dari Mediterranean timur – ditanam di Itali pada zaman Rom purba dan diperkenalkan ke England dan Amerika pada tahun 1700-an. Dan kini, brokoli menjadi antara sayuran hijau yang popular yang mana sebelum ini, ia tidak ditanam secara komersial di Amerika Syarikat sehingga awal 1920-an.

Sebagai ahli keluarga kubis, brokoli mempunyai tandan segar tersedia sepanjang tahun dengan tanaman puncak dituai antara Oktober dan April. Brokoli juga mengandungi kandungan nutrien yang tinggi seperti serat dan sejumlah vitamin dan mineral, termasuk kalium, asid folik, dan vitamin A, C, dan K.

Tidak seperti sayuran lain, brokoli antara sayuran yang kerap individu menikmatinya secara segar dan dimasak. Malah, sayuran ini juga boleh berdiri sendiri sebagai hidangan sampingan dan tidak semestinya disediakan dan digabungkan bersama lauk lain. Brokoli mentah juga merupakan crudité yang hebat dengan queso dips dan fondues cheesy.

Untuk pengetahuan anda, brokoli segar hendaklah berwarna hijau gelap, dan mempunyai tangkai yang kukuh dan gugusan tunas yang padat. Sementara brokoli yang sudah matang dan hampir layu, akan menampilkan warna hijau yang sedikit pudar dan struktur gugusan tunas yang mulai rapuh.

Bagaimana Cara Untuk Memilih Brokoli Di Pasaraya?

Untuk brokoli, cara paling mudah untuk mendapatkan dan memilih brokoli yang segar untuk hidangan anda adalah dengan cara:

  1. Pilih brokoli dengan batang tegap, daun yang masih kukuh dan tunas hijau gelap atau hijau keunguan yang tertutup rapat.
  2. Pastikan juga anda mengelakkan dari memili sayur brokoli dengan tandan atau tunas yang telah berwarna kuning atau terbuka dan batang berkayu yang tidak lagi segar.
  3. Untuk penyimpanan brokoli agar kekal segar, anda boleh sejukkan brokoli yang belum dibasuh dalam beg plastik sehingga 5 hari.

Kelebihan Dan Kebaikan Brokoli Dari Sudut Kesihatan

Salah satu kelebihan mendapatkan brokoli di dalam diet, ia baik untuk sistem imun anda kerana ia menawarkan lapisan pertahanan tambahan terhadap penyakit. Malah, brokoli juga mengandungi agen antioksidan yang membantu membaiki sel yang rosak supaya dan sekaligus melambatkan proses penuaan.

Di dalam brokoli, ia menawarkan dua jenis antioksidan iaitu sulforaphane dan indole, yang bertindak sebagai pengawal selia enzim penyahtoksin yang melindungi sel.

Seterusnya, brokoli juga baik untuk jantung. Hal ini kerana, brokoli mengandungi karotenoid, antioksidan yang membantu menghalang pembentukan plak yang berbahaya untuk kesihatan jantung. Untuk pengetahuan anda, antioksidan yang berasal dari sayur-sayuran hijau mengawal penyakit jantung dengan melindungi penyempitan atau pengerasan fungsi saluran darah, dan mengurangkan pertumbuhan mendapan lemak pada dinding saluran yang menjadi plak dari masa ke masa.

Komen