Carian
Jom Kunjungi Festival ASEAN 2023 Di LaLaport BBCC Pada 30 November Hingga 3 Disember
November 15, 2023 Lina Rosli

Nikmati kemeriahan acara budaya berprestij, Festival ASEAN 2023 pada 30 November hingga 3 Disember 2023, di Lalaport BBCC Kuala Lumpur.

Acara ini merupakan acara kebudayaan yang menampilkan pelbagai aktiviti dan agenda untuk para pengunjung. Untuk pengetahuan anda Festival ASEAN 2023 yang bakal berlangsung ini telahpun disokong secara rasmi oleh Tourism Malaysia, Malaysia Madani, dan Kedutaan ASEAN, serta pelbagai persatuan, jenama dan rakan kongsi tempatan dan antarabangsa.

Penglibatan mereka menggariskan kepentingan festival itu dalam memupuk perpaduan budaya dan mempromosikan sektor pelancongan, menjadikannya usaha kolaboratif yang merentasi sempadan.

Oleh itu, pastikan anda tidak ketinggalan dalam mencuba pelbagai keunikan budaya merangkumi seksyen gastronomi yang menawarkan kepada anda pengembaraan masakan dari negara yang berbeza. Ataupun terokai juga produk-produk aksesori tulen dan produk seni dan kraf yang memukau untuk ditambah di dalam koleksi anda.

Sepanjang acara juga, anda berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah seperti pakej pelancongan dalam dan luar negara serta beberapa lagi hadiah lain termasuk telefon Vivo terbaharu, jam tangan Huawei, peluang untuk memandu uji dan memenangi basikal elektrik, alat RAZER yang canggih, set Vanzo Perfume, selipar FIPPER, produk fesyen MILLIOT & CO dan banyak lagi.

Bagi anda yang ingin berkunjung ke Festival ASEAN 2023, berikut adalah masa acara dan juga lokasi berlangsungnya pelbagai aktiviti.

  • Tarikh dan masa:
    • 30 Nov (Khamis) dan 1 Dis (Jumaat): 4:00 PM – 10:00 PM
    • 2 Dis (Sabtu) dan 3 Dis (Ahad): 12:00 PM – 10:00 PM
  • Tempat: LaLaport, BBCC:
    • Gate Plaza – Pentas Utama dan ASEAN Market
    • Aras 4 – Bilik Kedutaan ASEAN dan ASEAN Market
    • Tingkat 1 dan 2 – ASEAN Travel Fair by Golden Destinations dan Suka
Komen