Pada sekitar bulan Oktober 2023 yang lepas, Institut Jantung Negara (IJN) telah membuka cawangan farmasi runcit kedua mereka iaitu IJN First Pharmacy di Pusat Beli-belah 1 Utama yang terletak di Bandar Utama, Damansara.
Berdasarkan perkongsian, pembukaan cawangan kedua IJN First Pharmacy adalah bertujuan untuk menampung permintaan pengguna terhadap akses ubat-ubatan yang ditawarkan pada harga berpatutan di samping mengekalkan berkualiti tinggi.

Sekiranya anda ingin berkunjung ke IJN First Pharmacy di 1 Utama, farmasi ini terletak di aras tanah (Ground Floor) di bahagian bangunan baharu 1 Utama. Ia juga terletak berdekatan dengan laluan ke MRT Bandar Utama.
Di IJN First Pharmacy, para pakar perubatan dan ahli farmasi akan menyediakan pengisian preskripsi, kaunseling ubat dan bekalan kesihatan yang mana semuanya dipilih dengan teliti berdasarkan keselamatan, keberkesanan dan kemampuan untuk pengguna.