Carian
Hartanah Dwi-Jenama Marriott Bonvoy Pertama Di Malaysia Menggabungkan Four Points by Sheraton Dan Renaissance Kuala Lumpur
November 17, 2023 Lina Rosli

Four Points by Sheraton kini telahpun membuka pintu mereka bagi menerima kunjungan daripada para pelancong di Malaysia dan serata dunia. Ia merupaka lokasi yang pertama dibuka di tengah-tengah Kuala Lumpur dan yang keempat di Malaysia.

Pengumuman ini selari dengan pembukaan semula Renaissance Kuala Lumpur Hotel & Pusat Konvensyen baru-baru ini pada Oktober 2023, bersama-sama membentuk hartanah dwi-jenama Marriott Bonvoy yang pertama di Malaysia.

Untuk pengetahuan anda, lokasi hartanah dwi-jenama ini terletak berdekatan dengan pusat membeli-belah antarabangsa seperti di Suria KLCC, Bukit Bintang Golden Triangle dan banyak lagi. Dengan adanya kebolehcapaian ini, ia menjadi mudah untuk bergerak memandangkan jarak yang berdekatan dengan kawasan sekitar dan hab pengangkutan awam yang selesa sejauh 230 meter sahaja.

Untuk hotel Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, ia hadir dengan 513 bilik tetamu yang mana semuanya direka bentuk baharu dengan ciri setempat dan keselesaan tanpa kompromi. Hotel ini juga menawarkan pelbagai fleksibiliti kerja dan bermain selain turut dilengkapi kemudahan serba lengkap di aras 3 dan 4 untuk tetamu dari semua peringkat umur untuk berehat.

Ini termasuk penawaran salah satu kolam renang luaran terbesar di Kuala Lumpur yang lengkap dengan gelongsor air dan kawasan permainan percikan, zon pengembaraan Paradise Trails, dan Kelab Kanak-kanak dalaman. Untuk masa lapang yang lebih santai, individu dewasa boleh menikmati pusat kecergasan 24 jam, serta Mandara Spa.

Dari segi penawaran makanan, Four Points By Sheraton hadir dengan dua restoran istimewanya yang menampilkan masakan biasa dan juga masakan unik menerusi pengenalan Sichuan Kitchen. Pengunjung boleh menikmati masakan Sichuan termasuk mendapatkan jamuan ‘hot pot’ dan banyak lagi. The Mesh, restoran makan sepanjang hari yang direka semula dengan konsep tempatan, menampilkan masakan tempatan dengan naratif kontemporari yang mengembara ke masa lampau.

Bagi yang berminat, tempahan kini dibuka untuk Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, City Centre. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Four Points by Sheraton bermula hari ini.

Komen