Carian
Kepentingan Kesihatan Kognitif Dalam Kalangan Warga Emas
November 20, 2023 Lina Rosli

Dalam tahun-tahun senja kehidupan, persaraan merupakan satu tanda untu memulakan lembaran baru yang menarik dalam kehidupan – ia mungkin dipenuhi dengan peluang untuk meraikan masa lapang, penglibatan sosial dan juga menjalani kehidupan aktif di dalam komuniti.

Di Malaysia, landskap persaraan sedang berkembang dan mula menunjukkan perubahan yang positif yang mana and aboleh lihat sudah banyak syarikat yang kini menawarkan pilihan yang pelbagai dan dinamik untuk warga emas. Malah, untuk kebanyakan aktiviti juga dilihat mula memfokuskan kepada kepentingan kesihatan kognitif dan kesejahteraan mental.

Statistik terkini menunjukkan bahawa trend persaraan sedang mengalami perubahan yang ketara di Malaysia. Kini, sudah ada pelan persaraan moden pilihan yang menawarkan gaya hidup yang memuaskan dan menarik kepada warga emas termasuk berdaftar dengan kediaman warga emas yang serba lengkap. Dengan ini, ia dijangka akan meningkatkan kesihatan kognitif dalam kalangan warga emas.

Mengapa kesihatan kognitif ini penting – dalam kalangan warga emas?

Untuk pengetahuan anda, kesihatan kognitif adalah aset yang penting untuk individu yang sudah mencapai umur tua. Apabila tahap kesihatan kognitif berada dalam keadaan baik, ia dilihat akan meningkatkan kualiti hidup, kestabilan emosi, dan juga kebebasan kewangan.

Cara paling mudah untuk mendapatkan tahap kesihatan kognitif yang baik adalah menerusi penglibatan dalam aktiviti dan interaksi sosial dalam kalangan pesara. Melaluinya, ia akan menghalang atau melambatkan kemerosotan kognitif, meningkatkan sokongan emosi, meningkatkan ingatan, dan meningkatkan kesihatan fizikal.

Seterusnya, cara kedua yang boleh dipraktikkan adalah dengan melakukan aktiviti fizikal. Kajian telah menunjukkan bahawa senaman yang kerap boleh mengurangkan risiko mengalami demensia sehingga 30%. Ia meningkatkan neuroplastisitas, ingatan, fungsi eksekutif, dan peraturan mood.

Warga emas yang berumur 65 tahun ke atas harus menyasarkan sekurang-kurangnya 150 minit seminggu untuk latihan berintensiti sederhana atau 75 minit seminggu aktiviti intensiti yang kuat

Pakar menggariskan bahawa mengabaikan kesihatan kognitif membawa kepada pelbagai masalah kesihatan dan psikologi.

Antaranya termasuklah:

  • Risiko demensia
  • Kemurungan dan kebimbangan meningkat
  • Berpotensi mengakibatkan salah urus ubat
  • Tekanan emosi dalam kalangan warga emas dan penjaga mereka.

Selain itu, cara lain yang boleh merangsang mental adalah melalui latihan otak, seperti:

  • permainan papan
  • teka-teki
  • lukisan
  • permainan kognitif lain yang boleh meningkatkan ingatan, perhatian, pemikiran kritis dan pengurusan emosi

Kelebihan Menguruskan Kesihatan Kognitif Secara Baik

Kesihatan kognitif dan kesejahteraan mental dikaitkan secara intrinsik. Warga emas yang mempunyai fungsi kognitif yang baik akan lebih berdikari, menikmati kestabilan emosi yang lebih positif dan menghasilkan nilai diri yang lebih baik.

Di Sunway Sanctuary, para individu yang berdaftar akan memulakan hari mereka dengan sarapan pagi yang sihat dan lazat, diikuti dengan melakukan senaman fizikal setiap hari. Selepas itu, pelbagai aktiviti kumpulan dan individu disediakan untuk penyertaan mereka, daripada kelas seni dan permainan papan hinggalah berenang dan karaoke.

Bukan itu sahaja, kehidupan persaraan aktif di Sunway Sanctuary juga menyediakan komponen seperti interaksi sosial, keselamatan, aktiviti rekreasi, keperluan pemakanan, program kesihatan dan bantuan dengan aktiviti kehidupan seharian. Akses kepada penjagaan kesihatan terkemuka juga terletak beberapa minit dari orang ramai.

Dengan ini, kita dapat lihat bahawa kediaman warga emas menjadi asas perjalanan persaraan serba baharu. Ia akan menawarkan pendekatan menyeluruh kepada kesejahteraan holistik dalam kalangan pesara. Harus diingatkan bahawa, kediaman warga emas memainkan peranan penting dalam menjadikan gaya hidup ini mudah diakses dan menyeronokkan. Ringkasnya, apabila rakyat Malaysia menerima pelan persaraan yang baik, ia sekaligus akan mengekalkan kesihatan kognitif dan kesejahteraan mental.

Komen