Carian
Kiddocare Dan FWD Takaful Melancarkan Program Untuk Kesihatan Mental Memfokuskan Komuniti Pengasuh Dan Penjaga
November 22, 2023 Lina Rosli

Kiddocare dengan kerjasama FWD Takaful melancarkan program MindCare: Sokongan Kesihatan Mental Proaktif untuk Komuniti Pengasuh dan Penjaga. Kerjasama ini dilaksanakan untuk mempromosi dan memperkasakan komuniti pengasuh serta penjaga agar mereka mempunyai tahap kesihatan dan kesejahteraan mental yang lebih baik.

Dalam kempen ini, Kiddocare turut disokong oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang diketuai oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri bagi menekankan kepentingan aspek kesihatan mental golongan pengasuh dan penjaga.

Menerusi MindCare, ia akan bertindak sebagai ruang yang selamat, di mana mereka boleh mendapatkan bantuan, bimbingan, akses kepada pakar dan penilaian kesihatan mental secara percuma menggunakan program Mind Strength FWD Takaful, sebuah teknologi penjagaan kesihatan digital yang pertama dalam pasaran.

Kempen ini berhasrat untuk menangani cabaran dan stigma yang dihadapi oleh penjaga, termasuk ibu bapa, pengasuh kanak-kanak dan penyedia khidmat penjagaan warga emas. Bersama FWD Takaful, Kiddocare dilihat komited untuk mewujudkan komuniti yang menyokong dan meraikan peranan penting ibu bapa dan penjaga dalam kalangan masyarakat.

Sepanjang kempen ini, FWD Takaful akan menyediakan 200 baucar perkhidmatan Kiddocare percuma untuk ibu bapa. Baucar ini membolehkan mereka untuk menikmati sesi pengasuhan anak selama dua jam secara percuma sewaktu mereka menyertai program Mind Strength FWD Takaful untuk memulihkan kesihatan mental.

Komen