Carian
Ini Adalah 2 Serum Anti-Bintik Hitam Untuk Kulit Wajah Yang Terbaru Dari NIVEA
November 23, 2023 Lina Rosli

Bagi anda yang sedang mencari produk kecantikan kulit wajah yang memfokuskan kepada pengurangan bintik hitam, nampaknya anda boleh menambah dua produk terbaru dari NIVEA ke dalam senarai pembelian anda.

Baru-baru ini, jenama penjagaan kulit NIVEA telah mengembangkan rangkaian anti-bintik hitamnya menerusi siri NIVEA LUMINOUS630 dengan pengenalan dua serum serba baharu iaitu – NIVEA LUMINOUS630 Anti-Age & Spot 2-in-1 Serum Infused Moisturizer dan NIVEA LUMINOUS630 Post-Acne Marks Gel-Like Serum.

Kedua-dua serum baharu ini menggabungkan keberkesanan pengurangan anti-bintik hitam yang terbukti daripada bahan-bahan terpilih untuk menyasarkan keperluan khusus bagi mengatasi masalah kulit muka yang disebabkan oleh penuaan dan menopaus serta jerawat atau keradangan kulit.

Pada serum ini juga, ia hadir dengan ramuan tambahan Natural Soy dan Squalane yang bertindak sebagai kuasa berkembar yang berfungsi secara efektif untuk mengurangkan 82% kedutan dalam masa 7 hari. Ia juga meningkatkan penghasilan asid Hyaluronic, kolagen dan elastin kulit secara semula jadi. 

Dengan penambahan dua serum baharu, rangkaian NIVEA LUMINOUS630 kini NIVEA telah menampilkan tiga serum yang memberikan kebaikan 2-dalam-1.

Untuk pengetahuan anda, serum sebelum ini iaitu NIVEA LUMINOUS630 Advanced Spot Serum menerima formula yang dinaik taraf dengan fungsi 2-dalam-1 untuk mengurangkan semua jenis bintik hitam sambil menangani masalah kulit kusam.

Bagi yang berminat, rangkaian NIVEA LUMINOUS630 ini boleh didapati di semua cawangan Watsons dan secara atas talian di kedai rasmi NIVEA Official pada harga RM105 hingga RM165.

Komen