Khusus bagi peminat minuman Tealive, jenama minuman teh mutiara popular ini telah melancarkan siri minuman baharu yang ekstrem iaitu Golden Caramel Popcorn dengan kerjasama GSC Malaysia.
Menerusi siri ini, Tealive X GSC menyajikan 4 pilihan air minuman yang variasi dengan tambahan bertih jagung karamel di atasnya. Berikut adalah senarai menu bagi siri Golden Caramel Popcorn:
- Golden Caramel Popcorn Coffee
- Golden Caramel Popcorn Choc
- Golden Caramel Popcorn Milk Tea
- Golden Caramel Popcorn Smoothie
Untuk kesemua minuman ini, Tealive telah menggandingkan rasa manis dan masin dari karamel sebagai toppings untuk pelbagai pilihan air yang digemari ramai seperti kopi, minuman coklat, teh susu dan juga smoothie.
Bagi anda yang menggemari kesegaran rasa minuman dalam siri Golden Caramel Popcorn ini, jangan ketinggalan untuk mendapatkan diskaun 20% sekiranya anda membeli tiket wayang di GSC. Menurut Tealive, penawaran ini sah sehingga 7 hari selepas pembelian tiket.
Anda boleh menebusnya bermula 22 November 2023 sehingga 2 Januari 2024.
Untuk mencuba siri minuman Golden Caramel Popcorn, anda boleh membuat pesanan di rangkaian fizikal Tealive berdekatan atau layari aplikasi Shopee Food, GrabFood dan juga FoodPanda.