Carian
Ini 8 Jenis Cendawan Yang Selamat Untuk Dimakan Dan Ketahui 5 Cendawan Beracun Yang Harus Dielakkan
November 23, 2023 • Lina Rosli

Tahukah anda di dunia ini, terdapat kira-kira 14,000 spesies cendawan dan sekitar 90% cendawan yang dimakan adalah daripada cendawan butang putih.

Untuk pengetahuan anda, cendawan tidak tergolong di dalam kategori sayur-sayuran kerana kebanyakan sayuran adalah selamat untuk dimakan dan mengandungi klorofil, yang digunakan untuk menukar tenaga daripada cahaya matahari kepada karbohidrat. Akan tetapi, untuk cendawan, ada segelintir yang tergolong dalam kumpulan ini berbahaya dan mengandungi racun.

Cendawan secara umumnya tergolong dalam kumpulan kulat (fungi). Cendawan tidak mengandungi klorofil dan ini bermakna mereka tidak boleh berfotosintesis – selain hanya mengambil karbohidrat yang mereka perlukan daripada tumbuhan lain.

Walau bagaimanpun, cendawan masih lagi mengandungi nutrisi primo yang mana mereka adalah satu-satunya sumber sayuran vitamin D dan salah satu daripada beberapa makanan yang secara semula jadi mengandungi mikronutrien ini.

Selain itu, cendawan juga adalah pengganti daging yang baik walaupun ia tidak mengandungi protein – tetapi mempunyai sumber vitamin dan mineral yang kaya contohnya selenium, zink, vitamin B1, B2, B5, B6 dan B12.

Ketahui 8 Jenis Cendawan Yang Selamat Untuk Dimakan

Berdasarkan hubungannya dengan tumbuhan, cendawan ini boleh dibahagikan secara kasar kepada tiga kategori:

Saprofit

Cendawan yang tumbuh pada bahan organik mati seperti daun yang gugur, akar tumbuhan dan kayu mati. Mereka mengekstrak karbon dioksida dan mineral daripadanya. Kategori ini termasuk banyak jenis cendawan gourmet dan perubatan seperti contohnya cendawan butang putih, crimini, shiitake dan cendawan tiram.

Parasit

Cendawan yang tumbuh pada pokok hidup dan tumbuhan lain, mengekstrak nutrien mereka. Oleh itu, mereka juga dipanggil pembunuh di kalangan cendawan. Apabila pokok atau belukar telah mati, bahan mati dibersihkan oleh cendawan dari kategori saprofit.

Mikoriza

Cendawan ini membentuk persatuan simbiotik dengan akar pokok hidup. Mereka mengambil gula dan nutrien dari pokok, tetapi mereka memberikan semula mineral dan unsur penting, membesarkan sistem akar perumah mereka. Cendawan yang tergolong dalam kumpulan ini sukar untuk ditanam dan selalunya hanya terdapat di alam semula jadi seperti cendawan Porcini, chanterelles dan truffle.

Sekiranya anda ingin mendapatkan cendawan yang sesuai untuk digunakan di dalam makanan, berikut adalah 10 cendawan yang boleh anda pertimbangkan.

  • Butang putih – cendawan yang paling popular dan banyak digunakan oleh tukang masak. Ia biasanya putih atau coklat sangat terang. Cendawan ini mempunyai rasa yang lembut dan ianya agak mudah didapati di pasaraya.
  • Cremini – mempunyai penutuh yang gelap secara semula jadi – mempunyai julat warna daripada coklat muda hingga coklat kaya. Cendawan ini sering ditemui di sebelah cendawan butang di kedai runcit. Cremini juga mempunyai saiz yang lebih besar dan lebih mahal.
  • Shiitake – turut dikenali sebagai Chiitake mempunyai penutup berbentuk payung dan terbuka lebar. Mereka mempunyai rasa yang hampir seperti stik, dengan tekstur daging apabila dimasak.
  • Maitake – cendawan yang boleh dimakan yang digunakan secara meluas di Asia sebagai makanan dan digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat kencing manis dan darah tinggi. Ia berbentuk seakan tiram tetapi mempunyai pangkal yang bersambung.
  • Tiram – mempunyai penutup seperti tiram, menyerupai kipas dan mempunyai julat warna daripada coklat kuning air lembut hingga kelabu.
  • Enoki – bentuknya adalah sedikit berbeza dengan cendawan lain. Ia mempunyai batang yang panjang dan berpenutup kecil. Cendawan ini juga bercantum di pangkalnya dan menyerupai taugeh.
  • Portobello – mempunyai penutuh yang besar dan hadir dengan rasa seperti daging. Ia lazat dimasak keseluruhan atau dihiris—dibakar.
  • Porcini – mempunyai tekstur yang licin dan berdaging dengan rasa pedas. Cendawan boleh didapati dalam banyak gred dan juga dijual dalam keadaan kering.

Apakah Contoh Cendawan Beracun Yang Perlu Dielakkan?

Sementara ini pula adalah 5 cendawan beracun yang harus dielakkan. Ini kerana cendawan ini boleh menimbulkan ancaman kepada kesihatan anda.

  • Death cap (Amanita phalloides) adalah antara cendawan yang paling beracun dan bertanggungjawab untuk kebanyakan kematian yang berkaitan dengan cendawan di seluruh dunia.
  • Conocybe filaris merupakan cendawan yang tumbuh di Eropah, Asia, dan Amerika Utara dan mengandungi toksin yang sama seperti Death Cap. Ia mempunyai penutup licin seperti kon yang berwarna keperangan. Ia sangat toksik dan boleh membawa maut jika tertelan.
  • Autumn skullcap (Galerina marginata) adalah cendawan yang paling beracun. Mereka mempunyai penutup kecil berwarna coklat dan tumbuh di atas kayu yang reput.
  • Death Angel (Amanita ocreata) adalah cendawan berwarna putih yang boleh menyebabkan penyakit yang teruk dan kematian jika dimakan.
  • False morels (Gyromitra esculenta dan Gyromitra infula) adalah cendawan yang menyerupai morel sebenar yang boleh dimakan. Yang membezakannya adalah cendawan ini tidak berongga sepenuhnya apabila dipotong.

Terdapat beberapa cara yang boleh membantu anda mengenalpasti cendawan yang beracun. Contohnya, anda perlu elakkan daripada memegang atau mengambil cendawan dengan insang putih, skirt atau cincin pada batang dan alas seperti mentol atau guni yang dipanggil volva.

Selain itu, eakkan cendawan yang mempunyai bahagian berwarna merah pada penutup atau batang. Harus diingatkan untuk anda tidak makan apa-apa cendawan melainkan anda pasti 100% tentang cendawan itu.

Komen