LAC Malaysia Berkongsi Bagaimana Yoga Dan Suplemen Membantu Menjamin Kesejahteraan Emosi Dan Suasana Hati
Lina Rosli
LAC M.R.X merupakan suplemen kesihatan yang memfokuskan kepada kesihatan dalaman terutamanya pengurusan emosi dan suasana hati (mood) seseorang. Ia merupakan jenama suplemen semulajadi yang mengandungi ekstrak akar Rhodiola Rosea untuk meningkatkan daya tahan serta tahap tenaga dengan asid lemak omega-3 dari ekstrak alga DHA bagi meningkatkan suasana hati, kesihatan jantung, serta kesejahteraan secara keseluruhan.

Diuruskan oleh syarikat LAC Malaysia, sebuah program yang menyelaraskan zen serta kesejahteraan yang dipanggil ‘In The Mood with Jenn Chia’ telah dianjurkan. Program ini dilancarkan dengan bimbingan pengamal yoga bertauliah, Jenn Chia – di mana acara yang diadakan bertepatan dengan pelancaran M.R.X oleh LAC.
Acara berkenaan telah memberikan tumpuan sepenuhnya kepada tema ‘mood’ di mana ia menjadi satu aspek yang sering diabaikan dalam kehidupan seseorang meskipun mempunyai impak yang amat penting.
Jika tidak diberi perhatian sepenuhnya, suasana hati negatif yang berterusan dalam diri seseorang boleh berkembang menjadi isu lebih serius, sekaligus memberikan kesan negatif kepada kesihatan mental seseorang.

Oleh sebab itu, LAC mengambil peluang tersebut dengan cara mendedahkan kepada individu melalui pendidikan dan ilmu tentang makna dan kompleksiti suasana hati. Di dalam program ini, LAC memberikan panduan serta tips praktikal seperti yoga dan suplemen buat seseorang untuk mengawal mood dengan baik.
Menurut Jenn Chia, yoga telah menjadi tempat perlindungan peribadi beliau dalam menerima ketenangan dalaman, serta kesejahteraan secara keseluruhan. Dalam gaya hidup moden yang sibuk dan serba cepat pada ketika ini, tidak dinafikan memang sukar untuk mencari waktu buat diri sendiri.
Selain aspek gerakan yang sama ditemui dalam aktiviti yoga, pilihan pemakanan juga memainkan peranan penting. Ini kerana, diet kita berkait rapat dengan kesejahteraan keseluruhan seseorang yang mana sekiranta kita mengabaikannya, ia akan memberi kesan daripada diet yang tidak teratur. Sebagai contoh, sensasi ‘hangry’ ketika keinginan mendapatkan gula (sugar rush) – ini bukan sekadar pada emosi, malah menjadi isyarat penting makanan dalam memberikan nutrisi kepada tubuh, minda, dan jiwa seseorang.

Menerusi sesi itu, para peserta diberi panduan tentang penggunaan suplemen secara bijak untuk mengoptimumkan kehidupan mereka. Secara umumnya, suplemen tidak menggantikan makanan harian kita; sebaliknya ia berfungsi sebagai hidangan tambahan yang meningkatkan fungsi kehidupan kita.
Akhir sekali, di dalam program ini juga, ia menggalakkan orang ramai untuk memahami emosi kita dan bersikap proaktif. Dalam psikologi, individu perlu melakukan pendekatan 3A: Kesedaran, Penerimaan, dan Tindakan (Awareness, Acceptance, Action).
Apa yang perlu dilakukan adalah, individu perlu menyedari emosi bagi membantu diri mengetahui perasaan yang dialami. Ini bertujuan untuk memberi jarak untuk objektiviti. Matlamatnya bukanlah menilai emosi kita tetapi menerima mereka sebagaimana adanya dan seterusnya melepaskan keperluan untuk mengawalkannya.
Untuk maklumat lanjut mengenai LAC Malaysia, anda boleh layari https://www.lacworldwide.com.my/.