Carian
Tampil Bergaya Dengan Kerangka Peranti Serba Baharu CASETiFY – Tawar Rekaan Eksklusif One Piece, The Powerpuff Girls Dan Lamborghini
November 23, 2023 Lina Rosli

CASETiFY telah mengumumkan senarai produk baharu mereka bagi bulan November 2023 – yang mana ia menampilkan kerangka peranti dengan kolaborasi bersama beberapa jenama popular termasuk One Piece, LINE, The Powerpuff Girls, Lamborghini dan banyak lagi.

Tidak hanya memfokuskan kepada penawaran kerangka peranti untuk telefon pintar sahaja, CASETiFY turut menampilkan pilihan kerangka untuk model lain termasuk komputer riba, jam tangan, fon telinga dan banyak lagi.

Dan pilihan kerangka yang paling menarik perhatian Tajria untuk keluaran November 2023 adalah WABI SABI. Ia merupakan sarung silikon warna pepejal pertama CASETiFY yang hadir dengan satu pilihan warna iaitu putih. Pilihan ini adalah sesuai untuk anda yang menggemari rekaan yang minimalis tetapi memberikan masih lagi versatile untuk mengekspresikan keperibadian anda.

Selain itu, terdapat beberapa lagi pilihan kerangka menarik yang boleh anda terokai dan dapatkan untuk telefon pintar anda.

Sarung Clear iPhone 15

Koleksi ini sememangnya koleksi yang akan menjadi pilihan ramai – kerana kerangka jernih bukan sahaja menawarkan esen yang kekal relevan sepanjang masa, tetapi juga memberikan pilihan kepada pengguna untuk melindungi telefon anda sambil mengekalkan rupa yang baik.

Impact Ring Stand Case untuk iPhone 14 Pro dan Pro Max

Kini koleksi Impact Ring Stand Case sudah mula tersedia untuk pengguna iPhone 14 Pro dan Pro Max. Menerusi ini, anda boleh menonton filem, buat panggilan video dan banyak lagi dengan lebih mudah tanpa perlu memegang di tangan untuk waktu yang lama.

Koleksi Nothing

Ingin miliki kerangka peranti seperti telefon pintar Nothing? Bulan ini, CASETiFY menawarkan pilihan kerangka yang mimik reka bentuk jenama Nothing. Ia hadir dengan pilihan Impact, Clear, Mirror dan banyak lagi.

Koleksi One Piece Drop 3

Untuk semua peminat One Piece, anda kini boleh mendapatkan koleksi kerangka peranti CASETiFY X One Piece. Jenama ini kali ini telah mengembangkan koleksi kolaboratifnya dengan reka bentuk yang merujuk kepada bentuk “Gear 5” terbaru Luffy.

Koleksi The Powerpuff Girls Drop 2

Sekiranya anda menggemari rekaan kerangka yang lebih feminin dan comel, CASETiFY memperkenalkan koleksi kedua dengan Powerpuff Girls sempena ulang tahun ke-25 siri ini.

Bukan sekadar kerangka, and ajuga boleh mendapatkan beberapa aksesori lain untuk siri koleksi ini.

Koleksi Lamborghini

Khusus untuk penggemar jenama kereta mewah Lamborghini, CASETiFY telah hadir dengan koleksi eksklusif bersama Lamborghini yang mana rekaannya mengambil inspirasi daripada warna dan reka bentuk Automobili Lamborghini yang ikonik.

Koleksi minini LINE FRIENDS

Antara koleksi yang paling digemari saya, kerangka peranti dengan kerjasama LINE Friends telah tiba. Ia menawarkan variasi pilihan rekaan yang boleh disesuaikan dengan citarasa anda pada satu-satu masa.

Koleksi ini adalah tiket anda ke dunia minini, dipenuhi dengan aksesori yang sangat comel dan rakan-rakan LINE kegemaran anda.

Bersempena Black Friday, CASETiFY menawarkan diskaun menarik Black Friday Cyber Monday untuk masa yang terhad sahaja. Rebut hari ini diskaun dan tawaran eksklusif yang anda tidak ingin ketinggalan.

Komen