Carian
IPC Shopping Centre Menyambut Ulang Tahun Yang Ke-20 – Memperlihatkan Belon Kuda Gergasi Setinggi 7.5 Meter
November 24, 2023 Lina Rosli

Bersempena sambutan ulang tahun IPC Shopping Centre yang ke-20, syarikat pusat membeli-belah ini telah melangsungkan sebuah acara di gedung mereka bagi meraikan perjalanan 20 tahun mereka – sejak mula beroperasi pada 18 Disember 2003.

Untuk pengetahuan anda, IPC Shopping Centre merupakan pusat membeli-belah yang memfokuskan kepada komuniti dan keluarga. Ia hadir dengan variasi pilihan pekedai yang datang dari pelbagai industri seperti F&B, fesyen, kelengkapan rumah, telekomunikasi dan banyak lagi.

Di IPC Shopping Centre juga, mereka turut komited dalam menggalakkan komitmen kelestarian dalam kalangan pengunjung dan juga pekedai. Mereka memperkenalkan RBBC iaitu Pusat Kitar Semula Dan Beli Balik pada tahun 2009 yang mana selepas 14 tahun dilancarkan, mereka telah berjaya mencapai kadar kitar semula sebanyak 75%.

Malah, pada tahun 2022, RBBC telah dinaiktaraf dan kini pengunjung boleh mengitar semula hampir 15 kategori sisa termasuk plastik, kertas, minyak masak, alat elektronik dan banyak lagi.

Sebelum ini, pada tahun 2017, pusat membeli-belah ini telah menjalani penjenamaan semula – yang kini menjadi destinasi yang selamat dan mesra keluarga untuk semua.

Bukan sekadar itu, IPC Shopping Centre turut hadir dengan Stesen Pengecasan EV Proprietari bagi memenuhi keperluan pengunjung dengan lebih menyeluruh.

Menurut IPC Shopping Centre, sepanjang sambutan ulang tahun ke-20, anda boleh menyaksikan Belon Kuda Gergasi di hadapan Swedish Cafe di aras G. Belon ini dikenali sebagai Jatte, merupakan belon kuda terbesar pertama yang ditawarkan di Malaysia – menampilkan ketinggian mencecah 7.5 meter.

Bagi anda yang tidak ingin melepaskan peluang untuk menyaksikan penawaran menarik sepanjang IPC 20versary ini, mari datang berkunjung ke pusat membeli belah IPC dan nikmati pelbagai diskaun menarik seperti potongan harga sebanyak 20% untuk pembelian barangan terpilih di IKEA Damansara, 40% untuk barangan terpilih di Spotlight dan banyak lagi.

Komen