The Seibu Department Stores, Ltd. merupakan sebuah gedung serbaneka mewah Jepun yang pertama kali membuka pintu stor mereka pada tahun 1949. Dan kini, jenama ini nampaknya telahpun diperluaskan ke pasaran Malaysia – akan dibuka di The Exchange TRX pada 29 November 2023.

Berdasarkan perkongsian, SEIBU The Exchange TRX merupakan gedung membeli-belah sulung di Malaysia yang bakal menawarkan variasi pilihan jenama – mencapai lebih 400 jenama fesyen mewah, kontemporari antarabangsa dan Jepun, dengan lebih daripada 100 jenama ini membuat penampilan sulung di pasaran.

Untuk makluman anda, SEIBU The Exchange TRX merangkumi kawasan seluas 250,000 kaki persegi selain menempatkan jenama-jenama pilihan ramai di empat tingkat banguan berkenaan.

Antara jenama yang bakal tiba di lokasi ini termasuklah jenama kaca mata Korea Selatan Gentle Monster, jenama gaya hidup Perancis-Jepun Maison Kitsuné, jenama sukan California Alo Yoga dan jenama kelengkapan rumah Finland Marimekko.